Kesan Seawal Seminggu, Baja Organik Vermikompos Dari Sisa Cacing Afrika Suburkan Tanaman Anda

Teknologi vermikompos bantu promosi pertanian organik

Penggunaan baja organik daripada pelbagai sumber adalah amat digalakkan berbanding baja kimia.


Sayur-sayuran yang membesar menggunakan baja organik adalah lebih menyihatkan berbanding baja kimia dan disedari oleh pengguna.

Kebanyakan baja organik dihasilkan menerusi penggunaan najis haiwan seperti ayam, kambing dan lembu yang telah dicampur bersama bahan-bahan lain dan dibiarkan mereput dengan sendirinya.

Namun, terdapat sejenis lagi baja organik yang dihasilkan secara semula j4di oleh cacing berpotensi tinggi untuk digunakan dalam bidang pertanian.

Dikenali sebagai vermikompos, baja daripada proses perkumuhan cacing terhadap bahan-bahan organik seperti sayur -sayuran, dedaun, habuk kayu, serbuk sabut kelapa m4lah sehingga kertas pejabat sekali pun berpotensi tinggi untuk dijadikan baja yang terbaik.

Menurut Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidik Agrobiodiversiti Persekitaran, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Stesen Cameron Highlands, Pahang, Intan Nadhirah Masri, penggunaan cacing vermikompos untuk menghasilkan baja adalah amat mudah.

“Pertamanya seperti mana juga cacing tanah biasa, ia memerlukan habitat yang berseseuaian iaitu kawasan yang gelap dan sejuk.

“Seterusnya bahan seperti lebihan sayur-sayuran, habuk kayu mahupun cebisan kertas perlu digaul sekata dan diletakkan bersama cacing tersebut.

“Hasil berbentuk baja kompos boleh diperoleh seawal dua bulan dan selewat-lewatnya satu tahun daripada tarikh cacing dimasukkan,” katanya ketika ditemui di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

Selain kompos, cacing yang dipelihara tersebut turut menghasilkan sejenis cecair yang berwarna perang kehitaman dan dikenali sebagai air baja.

Cecair tersebut akan di tadah di bawah kotak yang menempatkan cacing bersama vermikompos yang dihasilkan.

Jelasnya, penggunaan cecair tersebut adalah sama seperti baja cecair biasa namun perlu dilarutkan terlebih dahulu bersama air dengan sukatan yang betul.

“Cecair baja ini memiliki kepekatan yang amat tinggi, tidak boleh digunakan secara terus kepada tanaman.

“Jika digunakan secara terus, ia akan memberi impak negatif kerana pokok tersebut terlebih baja,” katanya.

Sehingga kini, penyelidikan pembangunan (R&D) berkenaan vermikompos menerusi cacing tersebut berada di peringkat akhir dan MARDI Stesen Cameron Highlands akan mengeluarkan hasilnya berupa baja vermikompos tidak lama lagi.

Tambah Intan Nadhirah, setiap kotak yang menempatkan cacing tersebut mampu menghasilkan hampir 40 kilogram (kg) vermikompos dan seguni vermikompos mampu mencecah berat 20kg.

Kerja-kerja menuai hasil vermikompos adalah mudah iaitu dengan menambah bahan-bahan baharu bersebelahan bahan lama R&D yang dijalankan selama tiga tahun tersebut bermula 2012 kini mula membuahkan hasil dan konsep waste to wealth dilihat amat sesuai digunakan untuk menggambarkan produk MARDI tersebut.

Ditanya berapa harga bagi sekilogram vermikompos yang bakal dijual Intan Nadhirah memberitahu, ia tertakluk kepada bahan yang digunakan untuk dijadikan vermikompos tersebut.

Apa yang pasti katanya, kadar nutrisi vermikompos adalah amat tinggi berbanding baja kompos sedia ada di pasaran dan penggunaan cacing sebagai agen mengompos baja tersebut juga dilihat mesra alam selain tidak membahayakan tanaman dan 
manusia.

  • Fakta

Pengutipan hasil

  • Vermikompos boleh dituai selepas dua atau empat bulan.
  • Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya.
  • Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru.
  • Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.

Kebaikan vermikompos

  • Memperbaiki struktur tanah.
  • Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.
  • Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
  • Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.

Sumber: Utusan Online

betasus giriş

blade tipster