Khasiat Teh Bunga Melegahkan Sakit Kepala Akibat Deman Selsema Dan Resdung

Bunga kekwa atau lebih dikenali sebagai Chrysanthemum ialah salah satu jenis daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah keluarga Asteraceae. Pokok ini berasal dari Asia dan Eropah timur laut.

Jenis Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta berwarna putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar.Bunga kekwa asalnya minuman herba Cina yang sangat popular suatu masa dahulu. Kemudian rasanya berjaya menarik ramai orang.Barulah minuman teh bunga di komersialkan.Masyarakat Cina asalnya menggunakan teh bunga sebagai minuman herba untuk perubatan lama Cina. Mereka percaya, teh bunga mampu mengubati banyak penyakit disamping khasiat yang dikandungnya.

Khasiat Teh Bunga

Mempunyai Vitamin C membantu meringankan sakit kepala akibat deman selsema dan resdung.
Bertindak sebagai anti-virus dan menghilangkan penyakit yang berpunca dari jangkitan virus.
Bebas kafein dan tiada kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan.
Merawat ketidakselesaan akibat cuaca panas.
Membantu menghilangkan dan mengecutkan jerawat di wajah.
Menenangkan saraf dan membantu anda menangani kerunsingan dan stress.
Membantu melancarkan perjalanan darah
Membantu mengurangkan sesak nafas dan memperkuatkan paru-paru.
Membantu dalam menyembuhkan tekanan darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis.
Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat.
Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangkan kemerahan, kekeringan dan gatal pada mata bila diamalkan secara konsisten.

Amal pemakanan yang berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda.
Video:

Sumber: Wom.my

(Visited 32 times, 1 visits today)

Add Comment