Kisah Ini Mungkin Lucu, Tetapi Ia Adalah Kes Yang Unik, Kanak-Kanak Terlanggar Ayam Hantar Ke Hospital Namun Ini Yang Terjadi

Seorang budak lelaki berusia enam tahun dari India menjadi sensasi internet ekoran satu kisah ‘unik’.

Nama Derek C Lalchhanhima dari daerah Sairang menjadi perbualan apabila gambarnya merayu kakitangan hospital menyelamatkan anak ayam yang telah dilanggarnya secara tidak sengaja menjadi tular di media sosial.

Menurut ayah Lalchhanhima, Dhiraj Chhetri, anaknya pulang ke rumah membawa seekor anak ayam milik jiran yang telah dilanggarnya secara tidak sengaja ketika menunggang basikal.

Lalchhanhima yang tidak faham bahawa anak ayam tersebut telah mati, merayu agar ia dibawa ke hospital namun bapanya menyuruhnya pergi sendiri.

Nekad untuk ‘menyelamatkan’ anak ayam tersebut, Lalchhanhima pergi ke hospital berbekal sedikit wang.

Namun setelah diberitahu tiada apa yang dapat dilakukan untuk anak ayam itu, dia pulang ke rumah sambil menangis.

Tidak berputus asa, dia berazam mendapatkan bantuan dan lebih banyak wang, sebelum ibu bapanya sekali lagi menjelaskan anak ayam itu tidak dapat lagi diselamatkan.


Kisah Lalchhanhima turut menarik perhatian pihak sekolahnya yang memberi penghargaan kepada kanak-kanak itu berikutan kesungguhan dan kemuliaan hatinya. – Astro AWANI

Artikel Berkaitan   Inilah Kampung Paling Aman Di Dunia, Tiada Balai Polis, Penduduk Letak Duit Tepi Jalan, Tiada Kes Kecurian Lebih 20 Tahun