Kukus Dan Rebus Mana Yang Lebih Menyihatkan, Ini Jawapan Pakar!

Bila masak makanan pastinya ramai yang memilih untuk menggoreng kerana ianya lebih mudah. Tapi penggunaan minyak yang banyak membuatkan ia makanan yang tak sihat dan menggemukkan. Jadi, salah satu cara lain adalah dengan merebus atau kukus.

Bagaimanapun antara merebus makanan dan kukus mana yang lebih sihat dan bagus?

Menurut Italian Association of Dietitian, mengukus makan lebih baik kerana :

  • Mengukus tidak melarutkan vitamin larut air, iaitu vitamin B dan C

Vitamin ini boleh hilang jika kita gunakan cara merebus kerana ia akan larut bersama air yang digunakan untuk merebus.

  • Mengukus tidak menggunakan tambahan lemak atau bahan tambahan pangan

Mengukus lain dari merebus kerana jika merebus ia mungkin ada penambahan lemak atau bahan tambahan untuk menambah rasa pada rasa dan kuah air rebusan.

kredit era