Kalau di negeri Pantai Timur, makan kerang rebus sudah sinonim dan menjadi pilihan semasa bulan Ramadan. Mungkin ia membuka selera untuk dimakan dengan nasi. Ada sesetengahnya hanya cicah dengan sambal dah sedap.
Walau bagaimanapun, untuk kerang rebus, ada cara tersendiri untuk memasaknya. sesetengah orang hanya dengan air hanya sekali mendidih saja, barulah rasa manis-manis dan kesegarannya. Tak kurang juga yang masa hingga kulitnya terbuka, barulah dapat makan.
Semua ini bergantung kepada citarasa sendiri dalam rebus kerang untuk dinikmati bersama keluarga.
Ada sesetengah daripada kita, nak masak kerang kena masukkan air yang banyak. Sebaliknya, bagi lelaki yang dikenali sebagai Syahr Musafir di Facebooknya berkongsi tentang cara rebus kerang tanpa air.
Macam pelik bunyinya. Tapi itulah yang terbaik dan memastikan isi kerang lembut dan tidak liat. Bolehlah cuba nanti.
Rebus Kerang Tanpa Air, Barulah Sedap
“Semalam saya ada beli kerang. Ada orang nasihatkan saya kerang tak elok disejukbekukan. Jadi, saya rasa lebih baik rebus terus. Bagi nak rebus kerang ini, saya ikut tip yang diberikan oleh isteri saya, Rahimah AR Zawyah.
Tak perlu guna air pun. Bunyinya macam pelik sebab rebus tanpa guna air.
Rebus kerang tak guna air sebab bila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah.
Alhamdulillah.
Cara Memasak
1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Gunakan api kecil. Jangan guna api besar.
2. Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.
3. Nampak berasap sebab tak ada air.
4. Biarkan seketika dan kelihatan air dari kerang mula keluar. Mendidih.
5. Air makin banyak keluar dan kulit kerang mula terbuka.
6. Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.
7. Semalam berbuka dengan mi kari ketam jadi kerang ini sedap dimakan bersama mi kari tu dan selebihnya makan colek kerang sebagai moreh. Alhamdulillah.
Sumber: Dr Syahr Musafir Zawawi Via Mingguan Wanita