“Lihatlah Apa Yang Berlaku , Kerana Ketelanjuran Satu Dua Orang Manusia Yang Memakai Topeng Pendakwah Akhirnya Merosakkan Nama”

Pendakwah selebriti, PU Amin berkongsi luahan panjang lebar berkenaan dengan isu pendakwah di laman Instagram miliknya semalam.


Menurut PU Amin, golongan yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz boleh menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan kepada pendakwah dan ustaz-ustaz yang lain.

“Ya Allah Ya Tuhanku! Dengan keberkatan hari Jumaat yang mulia ini Kau berikanlah kekuatan pada diriku untuk terus berbakti dan berdakwah kepada masyarakat di dunia ini.

“Berikanlah taufiq, hidayah dan cahaya-Mu dalam meneruskan tanggungjawab dan amanah yang diwariskan oleh Rasulullah saw.

“Hati ini takut dan risau dengan apa yang berlaku pada pendakwah hari ini, pelbagai ujian dan halangan terpaksa dihadapi,” tulisnya.

Tambah PU Amin, dia juga memohon agar para pendakwah dipelihara serta sentiasa ikhlas dan jujur dalam menyampaikan dakwah.

“Ya Allah! Aku merayu dihadapan-Mu, peliharalah kami para pendakwah agar ikhlas dan jujur dalam menyampaikan risalah dakwah ini, jauhkan kami Ya Allah dari cintakan dunia dan dosa yang cenderung kepada hawa nafsu.

“Ya Allah, berikan kekuatan dalam diri ini untuk terus menyampaikan kebaikan dan ilmu kepada ummat manusia, jauhkan diri ku dari kesesatan dan kezaliman, lindung aku dari menjadi fitnah dalam kerja dakwah ini.

“Ya Allah! Peliharalah keluarga kami, peliharalah diri kami, peliharalah seluruh pejuang agama-Mu Ya Allah! Anugerahkan kami kekuatan dan tenaga yang banyak untuk kerja dakwah ini hingga matinya kami dalam berjuang dan berdakwah untuk agama-Mu Ya Allah,” tulisnya.

View this post on Instagram

Ya Allah Ya Tuhan Ku ! Dengan keberkatan hari jumaat yang mulia ini kau berikan lah kekuatan pada diri ku untuk terus berbakti dan berdakwah kepada masyarakat di dunia ini.. . Berikanlah taufiq , hidayah dan cahaya mu dalam meneruskan tanggungjawab dan amanah yang diwariskan olwh Rasulullah Saw.. . Hati ini takut dan risau dengan apa yang berlaku pada pendakwah hari ini , pelbagai ujian dan halangan terpaksa dihadapi.. . Ya Allah ! Aku merayu dihadapan Mu , peliharalah kami para pendakwah agar ikhlas dan jujur dalam menyampaikan risalah dakwah ini , jauhkan kami Ya Allah dari cintakan dunia dan dosa yang cenderung kepada hawa nafsu.. . Ya Allah , berikan kekuatan dalam diri ini untuk terus menyampaikan kebaikan dan ilmu kepada ummat manusia , jauhkan diri ku dari kesesatan dan kezaliman , lindung aku dari menjadi fitnah dalam kerja dakwah ini.. . Ya Allah ! Peliharalah keluarga kami , Peliharalah diri kami , Peliharalah seluruh pejuang agama mu Ya Allah ! Anugerah kan kami kekuatan dan tenaga yang banyak untuk kerja dakwah ini hingga mati nya kami dalam berjuang dan berdakwah untuk agama Mu Ya Allah.. . Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejahatan dan kesilapan , lihatlah apa yang berlaku , kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya merosakkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri.. . Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz ustaz yang lain.. . Berhentilah dari menggunakan Agama untuk kesenangan diri sendiri , berhentilah dari mengguna nama ustaz untuk memuliakan diri , bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz.. . Jangan kita rosakkan tugas pendakwah ini , fikir kan perasaan Nabi Muhammad dan Para Sahabat jika kita merosakkan kerja dakwah ini.. . Ya Allah ! Peliharalah kami , hari ini kerana nila setitik telah rosak susu sebelanga , Ya Allah ! Muliakan usaha dan tugas dakwah bagi kami yang benar benar mahu bekerja untuk Mu Ya Allah!! Ya Allah jauhkan kami dari sifat fasiq dan Munafiq ! Ya Allah ampunkan kami Ya Allah ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

PU Amin juga berharap agar pendakwah berhenti menggunakan agama untuk kesenangan diri sendiri.

“Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejahatan dan kesilapan, lihatlah apa yang berlaku, kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya merosakkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri.

“Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz ustaz yang lain.

“Berhentilah dari menggunakan agama untuk kesenangan diri sendiri, berhentilah dari mengguna nama ustaz untuk memuliakan diri, bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz.

“Jangan kita rosakkan tugas pendakwah ini, fikirkan perasaan Nabi Muhammad dan para sahabat jika kita merosakkan kerja dakwah ini.

“Ya Allah! Peliharalah kami, hari ini kerana nila setitik telah rosak susu sebelanga, Ya Allah! Muliakan usaha dan tugas dakwah bagi kami yang benar benar mahu bekerja untuk-Mu Ya Allah! Ya Allah jauhkan kami dari sifat fasiq dan Munafiq! Ya Allah ampunkan kami Ya Allah,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan coretan PU Amin dan mereka turut berdoa agar PU Amin sentiasa dipelihara oleh Allah.

Kini, PU Amin sedang mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci Makkah.