Main Jongkak Jongket Atas Dahan Pokok Kelapa Memang Best, Tapi Ini Yang Terjadi.. Takt Ahu Nak Gelak Ke Nak Kesian

Pokok kelapa yang banyak terdapat di negara-negara tropikal merupakan sejenis pokok serbaguna. Setiap bahagian pokok tersebut dari daun ke akarnya mempunyai kepentingan dalam kehidupan manusia.

Dikenali sebagai the tree of life di negara-negara Asia tenggara, antara kegunaan pokok kelapa adalah isi buahnya yang boleh dibuat makanan dan minuman serta daunnya yang boleh dibuat atap rumah dan penyapu lidi.

Akar pokok kelapa juga banyak digunakan dalam perubatan manakala tempurung kelapa boleh dijadikan cenderamata.

Selain itu, batang pokok kelapa pula banyak digunakan sebagai struktur pembinaan rumah seperti tiang, bingkai pintu, dan lantai. Tambahan pula, batang pokok kelapa juga boleh digunakan untuk menghasilkan perabot.

Pada umumnya batang pokok kelapa adalah berketinggian 25 meter dengan diameter 300 mm. Kandungan silika di dalamnya pula memberikan batangnya keanjalan dan elastisiti.

Pokok-pokok kelapa yang banyak terdapat di kawasan pantai bukan sahaja dijadikan sebagai tempat berteduh. Malah ia juga memberi ketenangan dan menaikkan suasana tropikal yang menyejukkan mata.

Seperti dalam satu video yang tular di Twitter baru-baru ini, 3 orang remaja sedang meluangkan masa di pantai apabila mereka menemukan sepohon pokok kelapa yang tumbang.

Kerana keanjalan batang pokok itu, budak-budak lelaki warga Indonesia tersebut mendapat idea untuk menjadikannya sebagai jongkang-jongket.

Tiga sekawan itu dilihat memanjat naik ke atas batang pokok kelapa berkenaan sebelum sama-sama menghayunkan diri ke atas dan ke bawah.

Namun sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila pokok tersebut terpatah dua di antara ketiga-tiga mereka kerana tidak dapat menampung berat.

Akibatnya dua orang di antara mereka jatuh ke bawah manakala seorang lagi melambung naik ke udara sebelum jatuh.

Artikel Berkaitan   Selepas Beberapa Hari Menutup Twitter, Netizen Merayu Akhirnya Permaisuri Agong Buka Mulut Punca Penutupan

Insiden lucu itu membuat netizen pecah perut mengenang nasib budak-budak lelaki itu, di samping memberi pengajaran kepada kita bahawa batang pokok kelapa tidak sesuai untuk dijadikan permainan jongkang-jongket.

Sumber: TwitterOwlcation