Maksud Tersirat Yang Perlu Anda Tahu Sekiranya Bermimpi Didatangi Arwah Ibubapa

Pernah bermimpi tentang ayah atau ibu baik yang sudah Al mar hum? Ingin tahu apa sebabnya?

Mak mertua saya pernah tanya saya “Halil selama mak mening gal berapa kali mimpi mak ar wah mak?”. Saya jawab dengan nada sedih..” Ermm baru 2 kali mama. Seminggu selepas mak mening gal dan masa Halil sibuk kerja sebelum kahwin. Kenapa mama?”

Mak mertua saya kata, “Maknanya Halil anak yang baik yang sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam ku bur. Kalau Halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada Halil..”

Saya baru faham, ingat selalu mimpi mak tanda mak sayang kat kita. Rupanya bukan.. Ya Allah. Saya terus bergenang air mata teringat balik. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak saya mening gal sebab rindu. Yela masa mak saya sa kit kat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu masa tu saya tu saya dah 18 tahun.

Masa tu saya masih mak saya suapkan makan. Manja sangat dengan ar wah mak. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya si buk sangat. Bisnes tengah maju. Duit belas ribu dapat untung masa tu tapi sedih masa tu saya jarang bukak Quran, tak baca Quran. Saya lalai sangat masa tu.

Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu. Ya Allah. Sebenarnya mak kita yang dah mening gal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak-anak yang soleh. Saya pernah dapat nasihat daripada Prof Dr. Razali Nawawi, Presiden ABIM yang pertama. Dia kata, “Kholil, niatkan puasa kita solat kita sedekah kita semua untuk mak ayah kita. Sebab mungkin dalam hidup mereka mereka pernah ting galkan puasa ting galkan solat.”

Ya Allah, rindunya ar wah mak. Rindu sangat-sangat. Adik buat dakwah. Adik ceramah pada pelajar-pelajar untuk jadi baik. Adik baca Quran. Adik buat sedekah Infaq semua adik nak niatkan untuk mak dan ayah. Mak, maafkan adik tak sempat khidmat mak sepenuh hati adik. Mak, maafkan adik. Mungkin adik pernah buat mak kecil hati dan nangis sebab adik. Mak suka dengar adik baca Quran masa adik kecik. Nanti dalam syurga adik bacakan Quran untuk mak depan mak ya. Huhuk rindu mak sangat.

Ya Allah, tenangkan mak ayah kami di alam bar zakh. Letakan mereka di kalangan orang-orang beriman. Janganlah kau a zab mak ayah kami. Amiin.

(Visited 585 times, 1 visits today)