Malu Kita! Video Penyanyi Amerika Lancar Membaca Ayat Kursi Sangat Merdu Dan Cukup Tajwidnya

BOSTAN – Nama Jennifer Grout sekali lagi menarik perhatian ramai apabila berkongsi sebuah video memaparkan dia lancar membaca ayat Kursi dengan begitu merdu dan cukup hukum tajwidnya.

Jennifer memeluk Islam pada 2014 merupakan penyanyi Amerika telah memuat naik bacaan ayat ke-255 surah al-Baqarah itu secara bertarannum dan bersahaja di Instagram miliknya.

Menerusi statusnya, Jennifer memberitahu, guru muzik Arabnya telah menasihatkan supaya selalu mendengar bacaan al-Quran untuk mahir bahasa Arab dan menjadi seorang penyanyi muzik Arab yang hebat kerana sebahagian besar ikon muzik Arab bermula dengan menguasai bacaan al-Quran secara tepat.

Beliau berkata, pembacaan al-Quran adalah seni untuk dirinya, pada masa sama dapat mengasah teknik vokal dalam nyanyian bahasa Arab.

Menurut laporan media tempatan, Jennifer meminati muzik Arab pada 2010 ketika menyambung pelajaran di Kanada dan mula berjinak dalam muzik tersebut selepas membuat persembahan di kafe Syria sekitar Montreal serta berpindah ke Maghribi selepas graduasi.

Di sana, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan memeluk agama Islam.

Nama beliau juga melonjak apabila terpilih untuk ke pusingan akhir program ‘Arabs Got Talent’ beberapa tahun dahulu.

Sementara itu, video berdurasi 2 minit 14 saat itu tular dan netizen menyifatkan suara penyanyi itu sungguh merdu serta memukau.

View this post on Instagram

When I first became interested in Arabic music, my teacher told me to start listening to Quran as an exercise in order to begin getting attuned to all the nuances of Arabic singing; the two have many things in common like their melodious qualities, ornamentations, vocal technique, maqam modulations, and language of course. Many of the great Tarab singers had their roots in Quran recitation! Today in the spirit of jumu3a I’m sharing a recitation of Ayat-u-l kursi as per the style of the great Mohammed Siddiq Al Menshawi. Quran recitation is an art in itself, and can be appreciated by anyone and everyone, Muslims and non Muslims alike, (though it carries another special layer of meaning for the former). Happy Friday 💜 #jennifergrout #tajweed #quran #jumua #menshawi #maqamat #muslimah #femalereciters

A post shared by Jennifer Grout (@jennifer_grout_official) on

Artikel Berkaitan   Radhi OAG Serik Rujuk Dengan Bekas Isteri Walau Terpaksa Lepaskan Tidak Rela, Tapi Inilah Perkara Yang Mahu Dilakukannya