“Mana Emak Dia? Kenapa Tak Tutup Pagar?” Anak Dilanggar Di Depan Rumah Ibu Gelabah Berlari Ke Keluar

Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang kanak-kanak dilanggar kereta sebaik saja keluar dari rumahnya.

Berdasarkan tarikh yang tertera pada video itu, kejadian berlaku pada jam 6.27 petang Ahad lalu di lokasi yang tidak dinyatakan.

Sebelum itu, lelaki dipercayai bapa mangsa sedang membasuh keretanya di depan rumah tanpa menyedari anaknya sedang bermain basikal dan keluar menuju ke jalan raya.

Dalam masa yang sama, sebuah kereta datang dari arah kiri lalu melanggar kanak-kanak terbabit yang kemudian terseret beberapa meter ke depan.

Jiran yang ternampak kejadian itu segera berlari mendapatkan mangsa. Mendengar kekecohan itu, bapa mangsa turut berlari ke arah anaknya.

Ibu mangsa yang berada di dalam rumah juga bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku sebelum dimaklumkan mengenai anaknya telah dilanggar kereta.

Tidak diketahui keadaan mangsa, namun orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawasi keberadaan anak-anak bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

Ayahnya tengah basuh kereta tak perasan anaknya main basikal terus keluar.Berhati hati lah ibu bapa diluar sana.kejadian 10/11/2019Sumber:Viral Malaysia

Posted by Info Kemalangan & Bencana Malaysia on Wednesday, 13 November 2019

Sumber: Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Artikel Berkaitan   “Seganlah Dengan Suami” Dr Irma Kongsi 4 Cara Mudah Untuk Hilangkan Ketiak Hitam