[VIDEO] “Eee.. Macam Manalah Pelanggan Kalau Tau Ni?” Tular Rakaman Tikus Bertenggek Atas Ayam Goreng Di Kedai Tomyam

Soal kebersihan kedai makan atau restoran sering menjadi isu sejak dari dahulu lagi. Banyak juga kes atau serbuan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap restoran yang kotor, namun ia seakan tidak memberi pengajaran kepada restoran atau pekedai yang lain.


Baru-baru ini, tular lagi video menerusi laman Facebook Penang Kini menunjukkan terdapat seekor tikus dilihat sedang berjalan sambil mencari makanan pada ayam goreng yang digantung pada sebuah kedai tomyam di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Video kiriman pelanggan yang dimuatnaik semula oleh laman berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan pengusaha restoran yang tidak mementingkan kebersihan.

Sebuah kedai tomyam kat kawasan perindustrian bayan lepas, bersebelahan kilang Zoomic… Sapa yang keja area situ tau laa kedai ni…Kiriman Pelanggan..

Posted by Penang Kini on Saturday, 23 November 2019

Sumber: Facebook Penang Kini