
Ayam Bakar Rempah perkongsian saudari Rosma Ros ni memang nampak sangat membuka selera. Bagi anda gemar mencuba resipi-resipi baru, resipi yang satu ni memang wajib cuba. Biasanya, jika membuat ayam bakar, ayam perlu diperap bersama rempah sebelum dimasak.
Tapi sedikit berbeza dengan resipi ini di mana anda perlu memasak ayam terlebih dahulu bersama rempah rempah sebelum dibakar. Ia bertujuan untuk memberikan rasa ayam bakar yang lebih sedap. Teruja nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
RESIPI AYAM BAKAR REMPAH
BAHAN- BAHAN:
1 ekor ayam
BAHAN KISAR:
Cili kering ikut kepedasan
5 tangkai cili besar merah
7 biji cili api
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai
1 inci lengkuas
1 ketul kunyit hidup
2 sudu makan biji ketumbar
2 sudu makan jintan manis
BAHAN-BAHAN LAIN:
Sedikit sos cili
Daun pandan – simpul
Garam, gula dan perasa secukupnya
Gula
Pati ayam
Santan daripada 1 1/2 biji kelapa
CARA MEMASAK:
1.Kisar semua bahan kisar sehingga halus.
2. Kemudian masukkan ke dalam kuali bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga pekat.
3. Apabila kuah sudah pekat, ayam sekurang-kurangnya satu jam. Lebih lama diperap, lebih sedap.
4. Selepas itu masak kembali ayam bersama bahan perasan sehingga mendidih. Biarkan bahan perap betul-betul bersalut dengan ayam. Kemudian asingkan ayam dan kuah.
4. Kemudian bakar ayam menggunakan arang atau ketuhar. Jika masak gunakan ketuhar, bakar pada suhu 230C selama 60 minit dan golek-golekkan ayam.
5. Lebihan bahan kuah perapan boleh dicurah atas ayam atau dibuat cicah.
Kredit resepi & foto: Rosma Ros Via Rasa