Resepi Ikan Kembung Percik Masak Cara Kampung Yang Terlajak Sedap

Ikan kembung percik adalah salah satu menu yang popular bila tibanya bulan puasa. Pergila ke mana-mana bazar sekalipun, pasti ada yang menjual hidangan ini. Namun jika nak masak sendiri di rumah, tidak susah pun. Malah lagi puas hati. Kalau makan bersama nasi kerabu, memang nikmat. Nak cuba masak Ikan Kembung Percik untuk berbuka nanti? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Suhasnida Ismail. Istimewa resipi ini dimasak menggunakan cara tradisional. Nanti bolehlah cuba. Kalau guna ayam pun boleh.

CARA MASAK IKAN KEMBUNG PERCIK SEDAK DOOH


BAHAN-BAHAN:

5 ekor ikan kembung atau 1 1/2 ekor ayam saiz 2 kg – bersihkan
BAHAN A: PERAP AYAM / IKAN:

8 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 sudu makan cili kering kisar
2 inci kunyit hidup
Sedikit serbuk perasa
1 sudu makan garam
1/2 sudu makan jintan manis
Secubit belacan (jika suka)
Sedikit air untuk mengisar
BAHAN B: BAHAN KUAH:

8 biji bawang merah saiz 50 sen – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
Sehiris halia – kisar
1 sudu makan ketumbar biji (sangai) – kisar
Secubit belacan – kisar
3 sudu makan cili kering – kisar
900ml santan pekat
2 hiris asam limau/asam keping
BAHAN C: BAHAN PERASA:

2 sudu makan garam bukit
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan gula kabung thai
1 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK:

1. Kisar bahan A. Lumur pada ikan dan perap sejam. Jika menggunakan ayam, lumur bahan kisar pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak. Ketepikan.


2. Kisar bahan-bahan B yang perlu dikisar dan masukkan dalam periuk.

3. Tambahkan cili kering kisar.


4. Kemudian masukkan santan pekat, bahan perasa dan limau nipis dengan secukupnya.


5. Masak kuah percik sampai mendidih dan pekat. Ketepikan.


5. Cucuk lidi pada ikan supaya ikan tidak patah masa dibakar. Kepitkan guna pemanggang buluh yang dipanggil nama ‘pranggey’ . Kemudian bakar ikan atau ayam yang telah diperap tadi sampai masak.


6. Kemudian salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar sebentar. Ulang langkah salut dan bakar ini sebanyak 4 kali supaya rasa percik bertambah sedap.


7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Suhasnida Ismail Via Rasa