Masih Rebus Botol Susu, Umie Ayda Akui ‘Old School’ Dalam Penjagaan Bayi

Pelakon popular, Datin Seri Umie Aida mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang selalu berkongsi tips penjagaan bayi dengannya.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Umie, dia telah banyak lupa tentang penjagaan bayi selepas 25 tahun membesarkan anak angkatnya sebelum ini.

“Alhamdulillah, terima kasih atas tips tentang penjagaan baby, almaklum lah..25 tahun saya sudah lost touch pasal baby, kalau ada apa-apa tips sudi kiranya share dengan saya ya,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Umie turut akui dia masih mengamalkan cara lama dalam penjagaan bayi.

“Oh ya, saya memang old skool, saya rebus botol susu baby selama 20 minit setiap hari, masalah yang timbul sekarang ini, penutup botol jadi susah nak tutup, apakah kesan rebusan itu.

“Dulu saya rebus botol anak-anak saya okay je, hmm.. zaman beredar, botol susu pun bukan direbus lagi ya?” tambahnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Umie meninggalkan respon positif, ada yang mencadangkannya untuk mendapatkan ‘sterilizer’ untuk mencuci botol susu dengan mudah.

Umie mula mengambil anak angkat ketiganya pada sekitar awal Julai baru-baru ini.

Sebelum ini, Umie telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25.

Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bernikah pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.

Artikel Berkaitan   'Dia melamar saya menjadi madunya' - Tak mahu suami terabai, isteri cari isteri kedua untuk suami