Masjidil Aqsa Kembali Dibuka, Jemaah Solat Sampai Keluar, Suasana Sedih Menyelubungi

Pendemik Covid-19 yang melanda dunia bukan sahaja menghentikan seketika aktiviti manusia, malahan turut membuatkan tempat-tempat tumpuan umum di seluruh dunia ditutup buat sementara waktu.


Namun, sejak beberapa minggu lepas, banyak kelonggaran telah dibuat. Bagi umat Islam, pastinya pembukaan semula kota suci Mekah dan Madinah bagi tujuan umrah dan haji amatlah melegakan.

Selain daripada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, perkarangan Masjid Al-Aqsa di Palestin turut sudah mulai dibuka bermula hari ini.

Susulan daripada itu, masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam telah dibanjiri penduduk sekitar yang tidak melepaskan peluang menunaikan solat subuh pada hari pertama pembukaan selepas 70 hari ditutup.

Masing2 amalkan penjarakkan sosial

Menerusi perkongsian di Twitter, dapat dilihat dengan jelas para jemaah menunaikan solat mengikut SOP yang disarankan oleh badan kesihatan Dunia (WHO) iaitu melakukan penjarakkan 1 meter serta memakai penutup mulut. Solat Subuh secara berjemaah itu begitu meriah apabila saf para jemaah melimpah sehingga ke perkarangan masjid.

Terdahulu, pihak pengurusan Masjid Al-Aqsa telah memaklumkan menutup masjid bersejarah tersebut bermula pertengahan bulan Mac disebabkan penularan pendemik di Palestin.

Selepas 70 hari penutupan, pihak Masjid membuat keputusan membuka semula tempat tumpuan umat Islam itu selepas Covid-19 dilihat menunjukkan penurunan jangkitan disana.

kredit borak daily