“Memang nak kena tibai ni” – Netizen ‘Cari’ Pengguna FB Dari Padang Besar Ni Sebab Kutuk Islam

Baru-baru ni, kecoh di Facebook bila seorang lelaki yang menggunakan nama Kelvin Cao telah membuat provokasi dengan mengutuk agama dan bangsa-bangsa di Malaysia.

Lelaki ini mendakwa dia berasal dari Padang Besar dan merupakan orang Thailand. Macam yang korang tahu, Padang Besar adalah sempadan di antara Perlis dan Thai.

Kelvin yang dipercayai memiliki kedai menjual sparepart motor di sempadan ini telah memulakan provokasinya sejak 10 Februari lalu.

      

Macam yang korang boleh tengok dekat atas ni, bukan je lelaki ni telah mengutuk Islam, nabi dan nama Allah, dia turut mengutuk agama-agama dan bangsa-bangsa lain.

Dah tentunya lelaki ni dapat apa yang dia nak, sejak posting-posting Kelvin ini tular, ramai netizen telah menyerang Facebook lelaki ini tanpa henti dan mengatakan yang dorang nak cari lelaki yang berani menghina agama seperti ini.

Ada juga netizen yang meminta pihak-pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu terhadap individu ini.

   

Namun, ada beberapa netizen yang dah jalankan siasatan dan mendapati, nombor telefon pemilik FB ni namanya tak sama. So, ada ke kemungkinan yang ada orang hack Facebook dia?

Apa-apa pun, admin harap pihak berkuasa alert dengan benda ni dan siasat siapa dalang sebenarnya…

Artikel Berkaitan   Jika Anda Guna Kereta Auto. Jangan Buat 4 Kesalahan Ini. Gear Cepat Rosak.