BERLENDIR dan berkulat… itulah situasi yang terpksa dihadapi oleh pelakon Tiz Zaqyah ketika menjalani penggambaran sebuah drama.
Pelakon drama Nur Kasih ini berkata, pandangan dan fokusnya terganggu dengan keadaan k0tor tersebut.
Lebih terkilan, pemilik kediaman tersebut merupakan seorang wanita.
“Masih trauma dengan t0ilet rumah berlendir berkulat. Awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je peluntur tu!
“Lantai penuh rambut, meja makan mel3kit, dapur berminyak, slnki penuh cawan pinggan ktor.
Tiz berkongsi cerita memu@lkan itu di Twitter miliknya.
“Kenapa? Dah tau orang nak sh00ting kat rumah awak, bersihkan sikit tak salah,” katanya.
Tiz berkongsi luahan dan pandangannya itu menerusi laman Twitter pada Rabu.
Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus lokasi penggambaran tersebut.
Sementara itu, rata-rata pengikutnya di laman tersebut turut bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Tiz itu.
“S3ramnya… saya paling saklt hati kalau t@ndas k0tor macam ni, penanda aras orang rumah pembersih adalah tndas.
“Memula baca ingat Tiz cakap fasal tweet viral rumah sewa… rupanya, Masya-Allah sabar sis!
“Seriuslah! Saya tak boleh bayangkan betul, macam mana dia boleh duduk rumah macam tu,” komen pengikut.