Membuka Cawangan Baru, Pemilik Perniagaan Ini Terjumpa Resit Misteri, Lebih Mengejutkan Ia Berusia 100 Tahun

KENT – Pemilik sebuah restoran baharu di England terkejut apabila menemui sekeping resit perniagaan yang menduduki di bangunan sama lebih 100 tahun lalu.

Ben dan Lucy Cuthbert yang memiliki restoran Market Square di Folkestone berkata, resit dari kedai Lewis, Hyland & Linom ditemukan di papan lantai ketika proses pengubahsuaian dilakukan.

Resit bertarikh 31 Januari 1914 tersebut adalah nota kredit yang dikeluarkan kepada kontraktor dikenali sebagai Jenner.

Menurut Cuthbert, bangunan kedai berkenaan ditubuhkan pada 1834 dan telah dimiliki beberapa pemilik sebelum dibeli oleh Whites dari Kent pada 1972.

“Satu masa dahulu, ia adalah sebuah kedai mewah. Kami menemui banyak ciri-ciri asal seperti jubin lama dan siling plaster.

“Kami juga ada menemui nota di papan lantai. Kami tertanya-tanya jika Jenner dalam resit itu ada kaitan dengan Kontraktor Jenner yang berpangkalan di Folkestone,” katanya.

Tambanya, resit tersebut akan dipamerkan di dalam restorannya sebagai sebahagian daripada sejarah bangunan terbabit. – Agensi

Artikel Berkaitan   Seperti Yang Dijangka, Rusa Berkumpul, Ular Tidak Bergerak, Monyet Berdiam Ketika Gerhana, Ada Rahsia Disebalik Kejadian