Menakjubkan! Saintis Temui Cara Untuk Menyejukkan Bumi Yang Semakin Tua Ini

Berikutan pemanasan global yang sedang berlaku dan semakin hari semakin meningkat, saintis dari Universiti Lund di Sweden dan Filed Museum di Chicago telah menemukan cara yang tak dijangka bagi mengatasi maslaah berkenaan.

Dipetik dari Sinar Harian, Bumi pernah mengalami zaman ais 470 juta tahun lalu selepas hentaman asteroid antara Musytari dan Marikh menghasilkan awan debu raksasa yang menyekat cahaya matahari.

Sehubungan dengan itu, mereka mendapati langkah berkenaan mungkin relevan dengan menempatkan beberapa satelit di orbit bumi yang akan membebaskan debu halus sehingga mampu menyekat cahaya matahari.

 “Keputusan penyelidikan kami buat pertama kali menunjukkan awan debu pada masa itu telah menyejukkan bumi secara dramatik,” kata Prof Geologi, Birger Scchmitz yang mengetuai kajian itu.

Sumber: Sinar Harian

Artikel Berkaitan   Allahuakbar! NASA Melaporkan Asteroid Sebesar Piramid Mesir Akan Menghampiri Bumi Pada 28 Ogos