Mengapa Hari Jumaat Digelar Penghulu Segala Hari? Ini Rahsia Besar Hari Jumaat Yang Ramai Perlu Tahu

Semua umat Islam mengetahui akan kata-kata ini, Jumaat merupakan penghulu segala hari. Ini kerana ia menunjukkan kebesaran Allah SWT dalam memberi ganjaran kepada hambaNya serta makhluk yang diingini seperti hari Jumaat.

Umum mengetahui, hari Jumaat mempunyai kelebihannya yang tersendiri, ketua kepada hari-hari lain dan ada amalan tersendiri yang jika dilakukan pada hari ini, maka pahalanya berlipat kali ganda. Walau bagaimanapun, mengapa ia digelar sebagai penghulu kepada segala hari? Mengapa hari Jumaat ini dikatakan istimewa berbanding hari-hari lain?

Hari Jumaat pula telah Allah pilih sebagai Sayyidul Ayyam, iaitu hari yang paling utama kerana mempunyai kelebihannya yang tersendiri seperti hari yang diceritakan sebagai penciptaan Nabi Adam dan juga yang bakal terjadinya kiamat. Berikut adalah merupakan keunikan hari Jumaat.

  1. Hari Orang Mukmin

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Mafhum: “Wahai orang-orang beriman! Apabila diserukan azan

untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumu’a, 62:9)

  1. Doa Dimakbulkan

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksud: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba Muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah akan memberinya apa yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas Asar.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 108)

  1. Hari Tiupan Sangkakala
Artikel Berkaitan   Campuran Kunyit Dan Lada Hitam Sebagai Anti-Kanser

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ

Maksud: “Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling utama adalah hari Jumaat. Di hari itu, Adam diciptakan, pada hari itu Adam meninggal, pada hari itu berlaku tiupan sangkakala pertama dan pada hari itu pula berlaku tiupan yang kedua.” (Hadis Riwayat Uwais bin Aus, no. 910)

  1. Penduduk Syurga Dapat Melihat Allah

لَهُم مَّا يَشَاءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ

Mafhum: “Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hari mereka).” (Surah Qaf, 50:35)

  1. Hari Yang Afdal

ويسن كثرة الصدقة وفعل الخير في يومها وليلتها، ويكثر من الصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم في يومها وليلتها لخبر: إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة، فأكثروا علي من الصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي

Maksud: “Sesungguhnya hari yang paling afdal adalah hari Jumaat. Kerana itu, perbanyakkanlah membaca selawat ke atasku kerana selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2688)

kredit zayan