ALOR SETAR, 10 Feb — Berpegang kepada peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, seorang lelaki bertekad melaburkan wang simpanannya sebanyak RM70,000 untuk memulakan perusahaan tanaman pokok tin. Mohd Hisham Md Isa, 43, berkata pengalaman pernah gagal dalam pelbagai bidang mengajarnya untuk memperoleh ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan sesebuah perusahaan.
“Saya pernah gagal menjadi pengusaha pakaian terpakai (bundle), kedai permainan video, tanaman cili dan gagal masuk New Zealand untuk bekerja sebagai pemetik buah epal akibat masalah visa.
“Saya bangkit daripada semua kegagalan itu dan timbul ilham untuk mengusahakan tanaman pokok tin dan ia berhasil,” katanya kepada Bernama di tapak semaian di rumahnya di Simpang Empat, di sini.
Mohd Hisham berkata sebelum memulakan projek tanaman pokok tin dengan kaedah tut setahun lalu, beliau melengkapkan dirinya dengan ilmu dan membuat kajian mengenai varieti tumbuhan itu.
Mohd Hisham mula mengkaji dan mencari pembekal keratan batang (benih) pokok tin yang berkualiti di serata dunia sebelum membelinya secara terus atau melalui pos.
“Anak pokok dan keratan batang yang dibeli boleh mencecah ribuan ringgit, ia perlu dijaga sehingga beberapa bulan sebelum membesar dan boleh dijadikan keratan batang seterusnya untuk proses semaian.
“Saya juga menukar varieti bersama beberapa orang rakan yang turut sama mengusahakan tanaman ini dan sehingga kini hampir 300 varieti anak pokok tin dari seluruh dunia yang bermutu dapat dihasilkan,” katanya.
Antara varieti yang dihasilkan ialah BTM6, SuperJumbo, Albacor, Kerem, Dalmatie, Turca, Crotia, White Syria, Panache Tiger, Green Jordan, Jin Ao Fen, Napolitana Negra, Sitcelis dan Breva Negra, katanya.
Beliau berkata semua pokok-pokok itu berasal dari Palestin, Arab Saudi, Iraq, Iran, Syria, Turki, Jordan, Portugal, Australia, New Zealand dan Itali.
Dalam pada itu, Mohd Hisham menggalakkan orang ramai mengusahakan tanaman itu kerana penjagaannya tidak sukar dan berpotensi untuk maju.
“Kita hanya perlu pastikan pembajaan yang cukup, tanah yang sesuai serta mendapat pencahayaan yang cukup dan apabila besar boleh dijadikan semaian dan ditanam di sekeliling rumah,” katanya.
Katanya, walaupun negara ini beriklim tropika dan lembap, namun cuaca panas dan kering yang sering melanda membolehkan ia ditanam dan tumbuh subur.
“Saya juga pernah dicemuh kononnya pokok tin tidak boleh hidup di Malaysia dan pekerjaan sia-sia dan sekarang ini pokok-pokok induk saya di sini seperti ’emas’ apabila menjadi sasaran pencuri,” katanya.
Menurutnya, sebatang anak pokok tin dijual antara RM80 hingga RM500 mengikut saiz dan jenis, manakala harga bagi sekilogram buah tin mentah mencecah RM80 hingga RM180 sekilogram.
Katanya, selain buahnya boleh dimakan begitu saja, ia juga boleh dijadikan produk hiliran seperti halwa, ais krim dan produk kecantikan, manakala daunnya boleh dijadikan minuman kesihatan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit.
Sumber : Themalaymailonline.com
Antara Khasiat Daun pokok Tin atau Daun Fig ialah :-
Mengawal tekanan darah tinggi & jantung
Mengandung serat tinggi
Mengurangi sesak nafas
Mengawal kadar gula dalam darah
Sebagai pelancar membuang hajat besar
Tidak mengandung garam, lemak, & kolestrol
Mengandung kalium, serat, & zat besi tinggi
Mencegah cancer dan usus besar
Mengandung anti oksida
Memperlambatkan proses penyerapan glukosa di usus kecil
Membersihkan hati & limpa
Mengatasi masalah berat badan
Terapi diabetes.
Antara kandungan di dalam daun pokok Tin ini ialah :-
Carbohydrates
Flavonoid
Glycosides
Cumarines
Fix Oils
Proteins
Amino Acids
Steroids Sterols
Triterpenoids
Cara Memilih dan membuat Teh Daun pokok Tin :-
Petik daun pokok tin atau Fig yang berumur sedang. Di sarankan memilih kedudukan daun yang kelima dari pucuk tunas pokok tin.Pastikan buang batang pada daun pokok tin kerana batang daun ini mempunyai getah.
Kemudian daun pokok tin di cuci dan rebus sehingga mendidih.
Rebusan daun pokok tin diminum 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
Nota : Air rebusan daun pokok tin ini tawar dan tak ada aroma.Sekiranya anda ingin tambah aroma dan manis boleh campurkan dengan daun pandan dan air gula sedikit.
Semoga bermanfaat. jangan lupa share ya – KartelDakwah