‘Mula-Mula Termimpi Nasi Kangkang, Lepas Tu Jumpa Tangkal Dan Mantera Ada Nama Ayah’ – Adik-Beradik Syak Mak Tiri Sihir Mereka

Ibu tiri yang disangka baik selama ini, rupa-rupanya mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat. Bertahun-tahun dia dan bapanya termakan nasi kangkang wanita itu dan tidak hairanlah keluarga mereka huru hara. Dengan kesempitan rezeki, adik beradik asyik bergaduh.


Perkara itu hanya disedari oleh si kakak apabila berpindah ke rumah bapa mereka di mana dia diganggu sesuatu dan kerap menemui tanda-tanda rumah itu telah disihir. Ada beberapa pihak cuba membantu, namun si kakak dan adik ini tidak berani bertindak. Sehinggalah pada hari raya haji baru-baru ini, segalanya terungkai dan…

HAI, aku ada cerita dan aku tak ada niat nak memburukkan sesiapa. Aku cuma nak meluahkan saja dan meminta pendapat, nasihat atau cadangan bantuan.

Aku adalah anak bongsu dalam keluarga. Aku ada seorang kakak dan abang. Mak meninggal semasa aku berumur 7 tahun. Dalam beberapa bulan selepas itu, bapa aku kahwin dengan seorang perempuan ini sebab kakak aku nak belajar di Kelantan dan tiada orang yang nak jaga aku pada masa itu.

So masa itu jiran recommend mak tiri aku ini. Mak tiri aku ni pun jiran juga dan kitorang pun kenal dia. Dia anak dara, pernah putus tunang dua kali (tak ada kena mengena pun).

Kitorang kenal dia, dia memang seorang yang baik, lemah lembuh orangnya sebelum berkahwin dengan bapa. Bila dah kahwin, kitorangp un happy sajalah.

Oh lupa nak cakap, abang aku kahwin dan dia duduk dengan isteri dia. Kakak aku pula belajar di Kelantan. Jadi aku duduk dengan mak tiri dan bapa. Kisahnya bermula 2-3 tahun selepas mereka berkahwin, mak tiri mula tunjuk belang dia.

Yang pertama, aku tak ingat waktu itu aku umur berapa tetapi masa itu aku masih berada di sekolah rendah. Dia pukul aku guna getah paip. Nak tahu sebab apa? Sebab aku terkunci pintu dan dia kejutkan aku. Aku tak bangun pagi nak pergi sekolah.

Teruk weh dia pukul aku, sampai mata aku semua bengkak, belakang badan berbirat. Memang aku lembik hari itu.

Keesokan harinya aku pergi sekolah, aku malu gila sebab kawan-kawan semua tanya kenapa dengan mata aku. Aku cakap aku terjatuh. Sanggup tak cakap aku kena pukul mak tiri sebab aku malu. Hahaha!

Dua hari dah berlalu tetapi bengkak dan birat di belakang badan masih tak surut. So aku pergi ke klinik. Doktor pun macam pelik. Kau tahu apa mak tiri aku jawab? Dia kata bapak aku yang pukul.

Selepas itu doktor bagi ubat dan cuti. Aku pun cutilah. Masa cuti itu aku ada bermesej dengan abang aku di Facebook. Ye, memang aku dah ada Facebook dan handphone pada waktu itu. Nasib baik ada. Kalau tak,, sampai bila-bila tak ada orang tahu aku kena pukul.