Muncul Secara Tiba-Tiba, Awan Berbentuk Ombak Besar Cetuskan Kegusaran Penduduk Aceh

Fenomena pembentukan awan gulung yang menyerupai gelombang tsunami di wilayah Aceh Barat, Indonesia baru-baru ini membuatkan ramai merasa panik.

Awan berkenaan muncul ketika angin kencang dan hujan melanda kawasan Meulaboh dan sekitarnya.

Fenomena pembentukan awan itu nyata membuatkan penduduk sekitar menjadi takut dan panik, namun ia hilang dibawa angin selang beberapa detik kemudian.

Ketua Pelaksana Badan Pengurusan Bencana Daerah Aceh Barat, Mukhtaruddin menasihati orang ramai agar tidak merasa panik jika melihat kemunculan awan berkenaan kerana ia adalah satu fenomena biasa.

Namun beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana kemunculan awan itu biasanya akan disertai dengan hujan lebat.

kredit era

Artikel Berkaitan   Rupanya Inilah Kisah Sebenar Di Sebalik Lelaki Yang Menikam Ibunya Sendiri Dan Menyorong 50 Meter. Polis Sahkan Perkara Ini