“Nak Buang Air Kecil Pukul 5 Pagi, Isteri Terkejut Nampak Ular, Panggil Suami Dia Tak Percaya”

Musim cuaca tidak menentu ini telah mendorong pelbagai haiwan berbisa untuk berpindah lokasi mereka. Lebih menakutkan jika haiwan itu rupanya ada dalam rumah kita sendiri.

Itu yang terjadi kepada seorang suri rumah apabila beliau menemui seekor ular dalam lubang tandas rumahnya.

Kejadian yang berlaku kepada pemilik akaun Facebook Izz Zafirah Aisyah baru-baru ini sekitar jam 5 pagi. Beliau yang sedar akan kehadiran ular berbisa itu dalam mangkuk tandas rumahnya segera memanggil suami sebaik sahaja terlihat kelibat ular terbabit.

Menerusi perkongsian tersebut, ular sepanjang 5 kaki telah berjaya ditangkap oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar menutup semua lubang dalam bilik air dengan benda berat dan menutup pintu bilik air bagi mengelakkan haiwan berbisa ini masuk ke dalam rumah.

Perkongsian oleh Izz Zafirah Aisyah ini telah mendapat lebih 8 ribu share di Facebook.

ok ramai yg tanya ular rumah kita ke? ya guma kita.. 1. masa mula kita nampak.. pg kol 5pg kita nak buang air kecil dia…

Posted by Izz Zafirah Aisyah on Tuesday, 17 December 2019

Seramnya!

Artikel Berkaitan   Mayat lelaki ditemui dalam longkang, sukar diangkat kerana terlalu berat, rupa-rupanya...