Sekiranya Anda Sering Minta Maaf Walaupun Anda Tidak Salah, Hati-Hati, Anda Sedang Alami Sakit Ini!

Kita mungkin boleh melihat dengan mata kasar andai seseorang itu mengalami penderaan fizikal seperti bengkak, lebam atau kesan luka pada tubuh. Namun, adalah sukar untuk kita mengetahui andai seseorang itu mengalami penderaan mental.

Penderaan emosi dan mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, antaranya daripada keluarga dan persekitaran.

Kesan daripada penderaan mental dan emosi boleh mengakibatkan individu itu mengalami kemurungan, tekanan emosi malah depresi, sehingga boleh membawa kepada kematian.

Memetik hantaran dari laman Facebook Public Health Malaysia, antara tanda-tanda seseorang itu mengalami penderaan mental adalah seperti:

  1. Selalu meminta maaf tanda sebab
  2. Mudah sebak dan menangis dalam perbalahan kecil
  3. Sukar untuk bertenang
  4. Sering merasa diri tidak sempurna
  5. Selalu menyembunyikan perasaan mereka
  6. Kerap berasa takut tanpa sebab

Penderaan fizikal boleh dilihat kesannya dari pandangan mata kasar, berbeza dengan penderaan mental yang mempunyai impak…

Posted by Public Health Malaysia on Monday, 16 December 2019

Jika anda alami atau mengenali sesiapa yang mendera mana mana pihak secara emosi, sila hubungi Talian Kasih 15999 untuk khidmat bantuan segera.

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel Berkaitan   Inilah Khasiat Ikan Haruan Selain Menyembuhkan Luka Yang Tak Ramai Orang Tahu. Sangat Mengejutkan!