Noorkhiriah Tak Tahu Nak Cakap Apa Terharu Terima Sumbangan Yang Banyak Dari Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Sept ― Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie bersyukur apabila proses menaik taraf tandas wanita surau di kawasan kediamannya telah selesai.

Mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan bagi menyiapkan proses naik taraf tandas tersebut, pelakon itu turut berpesan agar kemudahan disediakan digunakan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah dah siap…maka gunakanlah dengan sebaiknya. Sudah siap tandas wanita Surau Ikhlas Palm Spring hasil sumbangan semua (orang ramai).

“Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian,” katanya di media sosial.

Selain aktif berlakon, Noorkhiriah sering melakukan kerja amal bagi membantu insan dalam sesusahan.

Antara kerja kebajikan dijalankan Noorkhiriah dan suaminya, Azfaizul Ahtan adalah dengan menyediakan perkhidmatan van jenazah.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Petua Merawat Penyakit Gegata Atau Jilatan Jin Dengan Menggunakan Lengkuas