Memiliki baju atau uniform putih sangat mencabar dari aspek menjaga dan juga mencuci. Jika kita kerap menggunakan clorox, sudah tentu baju nampak kekuningan kesan dari lunturan warna baju tersebut.
Satu cara paling mudah sudah tentu kita gunakan Vanish tapi harganya pula yang mahal.
Kerana faktor masalah tersebut, seorang sahabat kita, Puan Leena Hassan berkongsi satu rahsia dimana beliau sendiri dapat tips macam mana untuk jadikan baju kelihatan sentiasa putih daripada supupunya, Puan Siti Atirah Sharifuddin yang berkerja sebagai nurse.
Setakat ini perkongsian tersebut telah mencecah lebih 60 ribu share di media sosial facebook miliknya.
Jom kita baca apa rahsia yang dikongsikan beliau dan semoga dapat berguna kepada semua orang.
Boleh guna apa-apa sabun buku tapi Puan Leena Hassan lebih suka menggunkan sabun Lux – Rose kerana faktor baunya yang sedap.
Parut sabun terlebih dahulu dan kalau rajin, parut banyak-banyak buat stok simpan.
Sukatan sabun dan air yang digunakan boleh agak-agak sendiri dan yang penting kena cuba dulu baru tahu sukatan sebenar. Cuba dulu dengan kuantiti baju yang sedikit untuk melihat sejauh mana keberkesanan dengan sukatan yang kita dah buat.
Jangan risau sabun tu tak akan melekat pada baju jika kita parut lebih halus dan sabun tu juga bersifat hakis. Pada yang risau sabun tu melekat pada mesin basuh, kena la rajin-rajin cuci mesin ya.
Taaraaaa, baju kelihatan lebih putih dan bersih! Bau pon best!
Selamat Mencuba!
Sumber: Puan Leena Hassan