“Orang Paggil Saya Jelobak Ko Jolobu Atau Rembau Most Wanted. Saya Rasa Terhina, Saya Nak Tukar Nama”

Penyanyi, Waris mengumumkan akan menukar nama komersialnya bermula 1 Januari 2020.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias berkata, keputusan untuk menukar nama komersial ini dibuat selepas rasa terhina dengan nama yang digunakan selama ini.

“Hampir lapan tahun berada dalam industri seni, saya sudah letih apabila ramai tidak respek serta memperlekehkan nama komersial yang diberikan.

“Mereka tergamak memanggil dengan panggilan jelobak ko jolobu (lirik lagu Gadis Jolobu) atau Rembau Most Wanted. Saya rasa terhina dan mahu berhenti menggunakan nama Waris,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Waris juga telah meminta pengikutnya untuk menyumbangkan idea bagi nama baru yang sesuai digunakan selepas ramai memperlekehkan nama komersialnya itu.

Sumber

Artikel Berkaitan   Pelanggan Beli Barang Lain Dapat Barang Lain Pulak,Tapi Komen Seller Ni Tarik Perhatian