Seorang wanita dari Colorado Springs, Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri bagi membalas dendam kepada pencuri yang sering mencuri bungkusan dari luar rumahnya.
Christine Hyatt sebelum ini telah kerugian hampir 20 bungkusan sebelum ini gara-gara dicuri oleh pencuri. Disebabkan itu, beliau nekad membalas dendam dengan meletakkan sampah sarap termasuk najis kucing kedalam bungkusan yang diletakkan diluar rumahnya.
“Kami mempunyai banyak sampah di sekitar rumah dan saya juga mempunyai banyak kotak kosong, mari kita lihat sekiranya ada yang berminat mengambil sampah kami,” kata Hyatt.
Setakat kali ini, Christine sudah tiga kali menggunakan helah tersebut dan tidak dapat dibayangkan perasaan pencuri yang mencuri sampah sarap serta najis kucing miliknya.
Idea Christine itu juga mendapat pujian ramai khasnya mereka yang selalu menjadi mangsa kecurian, selain mencadangkan Christine agar memasang kamera CCTV bagi menangkap pencuri terbabit.
Sumber: WGN9