Bab penjagaan kereta selalunya akan diberi perhatian secukupnya, bukan dari segi aksesori, atau luaran sahaja, tetapi bahagian enjin juga. Yang mana sekiranya tidak dijaga dengan baik, ia boleh mendatangkan kerosakan yang lebih serius. Bila dah rosak makin teruk, duit pun makin banyaklah yang kena keluar.
Sama juga dengan bahagian radiator kereta, yang mana bahagian dalam dah lama, dan mula untuk berkarat. Jika dibiarkan terlalu lama, air akan mula berkeladak dan karat yang ada sebabkan radiator tersumbat.
Ia sedikit sebanyak akan buatkan suhu kereta naik walaupun telah letakkan ‘coolant’ beberapa kali. Ini kerana, menurut seorang mekanik, Mohd Erfan Daud, kalau radiator berkarat dan tersumbat, isi banyak mana ‘coolant’ pun ianya tidak beri kesan.
Jadi, dalam perkongsian ini, Erfan telah kongsikan cara untuk bersihkan radiator sebelum masukkan ‘coolant’. Mari kita ikuti cara yang dikongsikannya.
Keadaan air masa mula-mula sampai
As salam dan selamat malam..
Malam ni saya nak sembang sikit macam ne nak flushing radiator sekiranya anda mahu menggantikan coolant enjin anda. Sebenarnya ni Kali ke 3 saya cuba nk post pasal ni. Tak tau lah tak kan mic hnset rosak ada effect sampai ke FB.
Pagi tadi ada sebiji pesona datang ke bengkel. Temperature naik katanya. So benda pertama kena tengok adalah air radiator nye. Kalau rujuk pada gambar tak de beza warna air radiator tu dengan kopi ais. Penuh ngan karat.
Walaupun owner dah bubuh coolant sebelum ni pun ia tak mendatangkan hasil. Sebab radiator dah sumbat dan karat. Bubuh lah 200% coolant sekali pun sumbat tetap sumbat.
So katakan tiba2 anda teringat nak bubuh coolant dalam radiator pastikan radiator anda tip top. Tak de leaking mahupun karat. Jadi elok anda servis dulu radiator anda kalau sebelum ni anda tak guna coolant.
Kos untuk servis radiator sekitar puluhan ringgit sahaja sekiranya anda buka dan hantar sendiri ke kedai servis radiator. Tool pun tak banyak guna. Untuk pesona tadi hanya guna playar,coupling 10 dan 12mm dan skru driver serta sedikit kesabaran.
Ok katakan sekarang anda dah pasang radiator tadi. Sekiranya air sebelum ni karat elok sekiranya anda flushing dulu.
Air radiator yang kuar dari radiator
Kenapa perlu flushing?
Sebab ada lagi air karat yg terperangkap dalam engine. So elok sekiranya keluarkan air tu.
Buka klip top hose guna playar
Ok buka top hose radiator tadi-masuk kan getah paip (orang jawa panggil toler) dan hidupkan paip air. Kemudian hidupkan engine. Boleh rujuk video. Perhatikan air yg keluar dari top hose radiator tadi.. mula-mula keruh lama-lama jernih. Baru teguh peribadi.
Masa mula2 flushing
Posted by Mohd Erfan Daud on Tuesday, 25 July 2017
Masa mula-mula flushing
Selepas beberapa minit flushing
Posted by Mohd Erfan Daud on Tuesday, 25 July 2017
Selepas beberapa minit flushing
Sekarang air karat dah xde. Matikan engine dan pasang semula top hose. Sekarang buka drain plug kt bawah radiator tu. Dah kuar air tutup semula drain plug tadi. Isikan coolant dalam radiator. Pastikan coolant yang berjenama macam nissan ke.. toyota ke.. ada mcm2 kaler.. merah,biru, hijau pun ada.
Jangan beli yang xde brand ataupun brand yang xde kaitan macam adidas atau casio.. nmpk sgt nipu nye pasal brand tu xde wat barang kereta.
Jangan isi coolant melebihi 70:30.. seelok eloknya 50:50.. melainkan coolant tu memang tak perlu tambah air seperti toyota super long life coolant. Yang ni memang 100% pakai dia saja tak perlu campur air. Harga sekitar 8x.xx untuk 4 liter. Berbaloi sebab dia recomended untuk 100k km.
Boleh juga kalau tak mo bubuh coolant. Boh air paip je tapi kena rajin tukar pasal nanti dia akan karat dan sumbat semula. Kena rajin servis lah
Kalau malas nk servis beli je baru. Untuk pesona harga radiator sekitar 2xx je tambah 30 sen kalau nak ikat tepi.
Ok bye
Terima kasih kerana sudi membaca dan share.
Sumber: Mohd Erfan Daud