Pasangan Suami Isteri Ini Benarkan Anaknya Masuk Islam, Apabila Ditanya Mengapa, Inilah Jawapan Yang Sangat Mengejutkan

Sesungguhnya tiada yang mustahil di dunia ini begitu juga seorang mualaf yang menukarkan agamanya kepada Islam. Memang sangat jarang kita dengar setiap ibu bapa yang bukan Islam merestui anaknya masuk Islam tapi inilah yang berlaku apabila seorang lelaki Cina ini mengejutkan ramai netizen.


Melalui perkongsian seorang wanita mualaf yang dikenali sebagai Jinghan Naan di Facebook ini telah menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi kata-kata manis dari bapanya yang telah menyokong penuh apabila anak perempuannya menjadi seorang mualaf.

Jinghan bersama bapanya di hari perkahwinannya.

“Waa! Awak benarkan dia tukar agama? Tak halang dia?”

Jinghan berkongsi cerita keadaan ini apabila semuanya bermula pada minggu lepas ketika bapanya meminta dia membelikan satu barangan di Carousell. Jinghan telah menghubungi penjual berkenaan dan turut memberikan alamat kepada bapanya untuk mengambil barang tersebut.

Jing bersama ibu bapanya.

Walau bagaimanapun, selepas bapanya sampai ke tempat tersebut, penjual yang berbangsa Melayu itu kelihatan terkejut kerana dia terfikir bahawa pembelinya itu adalah orang Melayu.

“Huh? Awak Cina? Saya ingat awak Melayu!”

“Tak adalah, itu anak saya.”

“Tapi anak awak pakai tudung. Awak Cina Muslim ah?”

“Anak saya Cina Muslim. Dia masuk Muslim.” (Bapa masih tak faham apa itu Islam dan Muslim)

“Waa awak benarkan dia tukar agama? Tak halang dia?”

“Tak pernah halang, saya support!”

“Waaa, awak ni baguslah, kenapa awak sokong?”

“Kenapa semua orang terkejut bila saya beritahu yang saya benarkan awak tukar agama?”

Apabila ada pihak yang mempersoalkan mengapa dia tidak menghalang anak perempuanya menukar agama, bapanya bertanya kepada Jinghan.

Jinghan dan suami di hari pernikahan mereka.

Menurut kata Jinghan, “Sebab papa rare la! Kebanyakan ibu bapa pasti tidak akan benarkan. sebenarnya pa, kenapa awak benarkan saya tukar agama?”

Berikutnya adalah jawapan dari mulut bapa Jinghan sendiri yang akan membuat anda semua terkejut seperti tidak percaya.

“Sebab saya mengerti tentang kehidupan. Sebab saya mengerti apa yang dimaksudkan dengan mencari kebahagiaan.

“Apa tujuan kita dalam hidup ini? Untuk mencari kebahagiaan.

“Lain orang lain cara mereka mencari kebahagiaan. Ada sesetengah cari dalam kekayaan, ada pula dalam keluarga dan ada yang lainnya dalam agama.

“Sebagai ibu bapa, apa yang kita paling inginkan? Kita mahu anak-anak kita bahagia.

“Setiap agama mengajar kebaikan. Kalau awak beritahu saya yang agama ini beri kebahagiaan, kenapa saya nak halang?”

“Dia tidak kisah apa yang masyarakat nak kata, apa yang keluarga lain fikir”

Bersama suami yang dikasihi dan anaknya yang comel.

Pasti anda tersentuh dengan jawapan bapa Jinghan bukan? Seorang bapa yang amat memahami tentang kehidupan dan kebahagiaan anak tercinta.

Perkataan yang telah diucapkan bapa Jinghan telah menyentuh hati anaknya dan bagi Jinghan bapanya itu adalah seorang yang sangat simple dan tidak kisah dengan apa yang orang akan cakap mengenainya.

“Dia selalu buat apa yang dia kata. Dia tak kisah apa yang masyarakat atau ahli keluarga lain nak fikir tentangnya dan tambah-tambah sekarang ni saya dah tak boleh lagi makan bersama BBQ kegemarannya.”

“Apa yang penting dia nak saya bahagia.”

Mungkin masih ada orang lain atau bapa-bapa di luar sana yang sama berfikiran seperti bapa Jinghan. Tetapi apa yang membezakan bapa Jinghan dari orang lain adalah dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya.

Semoga Jinghan dan pasangan serta keluarganya akan terus bahagia bersama dan syukurlah anda terpilih mendapat hidayah dari-Nya. Sesungguhnya mereka yang terpilih itu adalah sangat istimewa.