Pelajar Matrikulasi Cipta Alat Buka Pintu Guna Kad Pengenalan, Serius Hebat!

Kebolehan pelajar di Malaysia sewajarnya mendapat pujian kerana anak muda kita juga mempunyai kepintaran dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Ini dibuktikan oleh sekumpulan pelajar kolej matrikulasi yang berjaya menghasilkan satu alat khas membuka pintu tanpa menggunakan kunci.

Lebih kurang macam korang swipe card di bilik hotel laa. Gituuu!

Video yang berdurasi 25 saat dimuat naik di laman twitter DECI, terlihat seorang pelahar membuka pintuk bilik mereka hanya dengan menggunakan kad pengenalan.

 

Beberapa komponen seperti bateri, power bank, kabel dan pelbagai peralatan elektronik digunakan oleh mereka dan diletakkan pada bahagian hadapan serta belakang pintu tersebut.

Hebat kan?

Video ini mendapat lebih daripada 200,000 tontonan dan 12 ribu retweet.

Walaupun masih baru belajar, namun keupayaan daya fikiran mereka memang patut dipuji.

Cayalah dik!

Untuk keselamatan yang lebih terjamin, mungkin lebih ramai lagi pelajar yang boleh mempraktikkan style ini di bilik mereka pula. Hiks!

Sumber: MSN

(Visited 243 times, 1 visits today)