Pelakon Terkenal Hongkong Ini Cedera Ditikam Oleh Pembunuh Misteri Ketika Sedang Berbuakl Dengan Tetamu

SHANGHAI, China – Pelakon popular Hong Kong, Simon Yam, hari ini cedera ditikam di bahagian perut dan tangan oleh seorang penyerang pada satu majlis promosi di China.

Pengurusnya berkata, pelakon tersebut ditikam di bahagian perut dan cedera akibat dilibas senjata tajam ditangannya.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial Weibo, Simon dilihat sedang berbual dengan penganjur dan tuan rumah acara selain mengagihkan hadiah kepada tetamu di atas pentas.

Dia kemudiannya diserang menggunakan sebilah pisau sebaik sahaja menyambut kedatangan seorang lelaki yang berpakaian warna gelap.

Lelaki terbabit juga dilihat beberapa kali cuba menikam mangsa menggunakan pisau.

Kekecohan berlaku beberapa saat sebelum anggota keselamatan dan pengawal peribadi datang untuk mengawal keadaan..

Bagaimanapun, suspek tersebut berjaya ditangkap dan dibawa pihak berkuasa dari lokasi kejadian.

Media tempatan turut melaporkan bahawa pelakon tersebut masih sedar selepas ditikam.

Difahamkan Simon kini dibawa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. – K! ONLINE