‘Mak, tolong Hafiz transfer RM2,300 ke akaun ni’ – Cubaan scam gagal, scammer kena game

Cubaan seorang individu memperdayakan wanita bagi mendapatkan wang berjumlah RM2,300 menemui kegagalan apabila wanita berkenaan mengetahui individu itu menyamar sebagai anaknya.

Menurut Nurul Sulehah yang berkongsi mengenai kejadian itu berkata, gambar itu diperolehi dari group WhatsApp keluarganya.

“Abahbaru send ni kat group family. Scammer guna lagi gambar Tuan Hafiz Sam. Sekarang abah tengah melayan pura-pura tak cam scammer. Kita tengok ya siapa yang game siapa.

“Hati-hati, simpan siap-siap nombor telefon scammer di atas. Mungkin kita akan menjadi mangsa,” katanya.

Berdasarkan perbualan WhatsApp itu, suspek meminta wang berjumlah RM2,300 dimasukkan ke dalam akaun Ustaz Haji Maidin Matnor.

(Visited 3,538 times, 1 visits today)