Peluang Kerja Dengan Google, Ramai Teruja Mahu Ambil Peluang Keemasan Ini

Syarikat enjin carian terkemuka dunia, Google, telah mengumumkan menawarkan 100,000 biasiswa program pensijilan jangka pendek secara atas talian, khasnya dalam bidang analisis data, pengurusan projek dan reka bentuk pengalaman pengguna.

Menerusi Grow With Google, terdapat banyak program yang ditawarkan secara percuma kepada orang ramai bagi mengasah kemahiran selain untuk mengembangkan karier serta bisnes sesebuah syarikat.

Menurut Google, pensijilan itu adalah dianggap setaraf dengan ijazah pengajian tinggi, lalu layak untuk mengisi beberapa jawatan berkaitan di syarikat mereka.

Jadi, inilah peluang untuk anda merebut tawaran keemasan untuk bekerja di syarikat Google, atau menambah skil anda dalam resume bagi menarik minat syarikat-syarikat lain untuk melantik anda sebagai sebahagian daripada mereka.

kredit era

Artikel Berkaitan   Tersebar Gambar Rumah Misteri, Ada Kereta BMW Tapi Terbiar, Ada Kata Mistik, Tapi Pemuda Ini Cerita Hal Sebenar