Penawar Gout Tanpa Pil Tahan Sakit, Hanya Guna 2 Bahan Ini

Kepada mereka yang mengidap sakit gout, kesakitan yang dilalui ketika diserang penyakit itu sememangnya sukar digambarkan. Katanya, sukar berjalan kerana kesakitan yang teramat sangat. Malah, terkena sentuhan kain pada bahagian sakit pun boleh dibuatnya sampai meraung.


Lazimnya rawatan yang digunakan ialah mengambil ubat tahan sakit atau pun suntikan bagi meredakan kesakitan.

Apa itu sakit gout?
Penyakit Gout telah lama wujud dalam masyarakat dunia. Penyakit ini dipercayai wujud kira-kira 2,000 tahun lalu. Ia turut dikenali sebagai “penyakit orang kaya” kerana lazimnya ia disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman berkhasiat tinggi di kalangan mereka yang mempunyai status kewangan kukuh.

Kini sakit gout menyerang tanpa mengira status dan usia. Jumlah pesakit Gout yang kian bertambah tahun demi tahun amat membimbangkan. Di Malaysia, penyakit Gout Arthritis yang berkaitan sendi lebih banyak dikesan.

Gout adalah penyakit yang “boleh datang dan pergi”. Sekiranya pesakit mematuhi segala pantang larang dari segi pemakanan, ubatan dan gaya hidup, serangan akan berkurangan atau mungkin tidak berlaku langsung. Sebaliknya, jika gagal mematuhi pantang-larang, serangan boleh berulang pada bila-bila masa.

Walaupun pantang larang tetap perlu, apa yang sentiasa diharapkan oleh masyarakat, terutama penghidap Gout ialah ubat paling mujarab bagi merawat penyakit ini.