
Sedapnya Kuih Kaswi Pandan ni. Cukup rasa lemak manisnya. Lembutnya tak usah cakap, memang bergedik-gedik. Kalau buat untuk minum petang, memang sedap. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kuih Kaswi Pandan yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang terbaik. Cubalah.
CARA MASAK KASWI PANDAN LEMAK MANIS BERGEDIK
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1 cawan air pandan (kisar 6 helai daun pandan)
- 4 cawan air
- 1 1/4 cawan gula
- 1 sudu teh air kapur
- 1/2 sudu teh pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Sediakan loyang bersaiz 10×10. Sapu sedikit minyak dan ketepikan.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Untuk membuat Kuih Kaswi, satukan semua bahan, sebatikan. Tapis jika perlu. (Opah kisar sahaja)
4. Tuang adunan ke dalam loyang. Kukus selama 40 minit.
5. Buka penutup periuk kukusan. Biarkan selama 10 minit lagi. Ia bertujuan nak bagi air pada permukaan Kuih Kaswi jadi kering. Jika masih basah, boleh lap guna tisu dapur.
6. Padamkan api dan keluarkan kuih dari periuk kukusan.
7. Biarkan kuih hingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.
8. Golekkan kepingan Kuih Kaswi Pandan ke dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek