Peniaga Siakap Kayangan G4gal Lengkapkan Dokumen, Bakal Did4kwa Dan Didend4 50k

Kuala Terengganu: Peniaga siakap di Langkawi, Kedah yang tular pada awal bulan ini kerana menjual hidangan lebih RM1,000 didapati gag4l mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


Sehubungan itu, peniaga berkenaan bakal did4kwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh ditetapkan.

“Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

“Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas siasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di program lawatan Timbalan Menteri KPDNHEP di kawasan Tanaman Fertigasi Melon Manis Terengganu (MMT) di Kampung Peradong, Manir di sini, hari ini.

Rosol berkata, tindakan itu dikenakan berikutan kegagalan peniaga berkenaan menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.

“Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu memperuntukkan hukum4n d3nda sehingga RM50,000 jika s4bit kesalahan.

“Siasat4n lanjut atas kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan dokumen perniagaan dihantar peniaga itu tidak memberi maklumat terperinci berhubung kos operasinya.

“Peniaga itu hanya menyatakan harga jualan ikan siakap iaitu RM16 bagi setiap 100 gram tidak pernah berubah sejak tiga tahun lalu, namun ia bukan bukti kukuh dan tidak mencukupi bagi melakukan sias4tan,” katanya.

Beliau menasihatkan golongan peniaga agar sentiasa menyimpan rekod perniagaan termasuk resit pembelian dan proses bagi memudahkan penyiasatan KPDNHEP sekiranya berlaku sebarang isu berbangkit.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar RM1,196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat kira-kira tujuh kilogram (kg) di sebuah restoran baru-baru ini.

Kisah ikan siakap ‘kayangan’ itu kemudiannya menjadi tular selepas resit pembayarannya dimuat naik di Facebook sebelum KPDNHEP mengemukakan notis sias4tan kepada peniaga terbabit tidak lama kemudian.

 

Sumber: Metro Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendinggiler.pw