“Pening Dah Dengan Bau Tahi Cicak, Lepas Sembur Ini, Cicak Dah Tak Berani Datang”

Saya paling geram bila cicak berak merata tempat, terutama di lantai, dan tepi cermin rumah. Bukan sahaja nampak kotor tapi baunya yang sangat busuk, uwekkk!! satu pula nak kena bersihkan tahi cicak ni. Cicak ni suka bersembunyi di kawasan yang berhampiran dengan lampu untuk menunggu mangsanya. Kalau tidak dibendung, haiwan ini akan beranak pinak sehingga menyebabkan kawasan rumah dipenuhi tahi cicak.

Masalah ini sebenarnya boleh di atasi dengan satu petua mudah yang dikongsikan oleh Puan Roslina Hashim. Dengan 3 bahan yang mudah di dapati di dapur, masalah tahi cicak di rumah anda boleh settle! Bahan-Bahan yang diperlukan ialah:

  • 1/3 Cuka makan
  • 1/3 Air
  • 1/3 Cecair pencuci pinggan
  • Cara Membuat:

Campurkan kesemua bahan-bahan diatas. Spray di kawasan yang cicak suka bersembunyi terutama berhampiran dengan lampu. Racun ini boleh juga digunakan untuk halau semut. Lepas semburan, cicak takkan lagi berani datang di kawasan yang telah di spray tadi. Semoga membantu.

Artikel Berkaitan   Cara Berkesan Nak Bersihkan Kipas Syiling Tapi Tak Nak Habuk Bersepah Walau Sebutir