Penjual Durian Disita, Durian Seperti Musang King Semua Kena Angkut. Rupanya Ini Sebab Kenapa Gerai Durian Disita

Kalau anda perasan, sekarang seperti musim durian. Di mana mana anda pergi pasti anda akan dapat lihat gerai gerai durian dibuka.

Raja buah durian ini sememangnya menjadi buah kesukaan rakyat Malaysia. Walaupun ada sesetengah gerai durian meletakkan harga tidak masuk akal akan tetapi disebabkan keinginan merasai kemanisan durian harga letak tepi. Janji puas makan ..

Gerai durian tak hirau arahan disita


MAJLIS Bandaraya Ipoh (MBI) menyita lima gerai peniaga durian di Jalan Simpang Pulai berhadapan Gerai Limau Tambun, Ipoh, semalam, susulan peniaga berdegil dan tidak menghiraukan arahan berpindah yang dikeluarkan.

Turut disita sebuah gerai menjual air minuman yang turut berniaga di laluan tepi jalan raya utama hingga mengakibatkan kesesakan lalu-lintas.

Menurut kenyataan MBI, penguat kuasa sudah memberikan amaran sebanyak dua kali iaitu pada 18 serta 20 Jun lalu supaya peniaga berpindah dan menjalankan perniagaan mereka di lokasi lebih sesuai.

Katanya, arahan itu tidak diendahkan peniaga menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menyita semua gerai itu.

“Lima peniaga sudah diambil tindakan sitaan selepas ingkar arahan dikeluarkan terdiri daripada lima peniaga durian dan satu peniaga air minuman.

“Dua peniaga sudah membuat tuntutan ke atas barangan yang disita, MBI mengurangkan kadar denda sitaan kepada dua peniaga yang membuat tuntutan itu dari RM450 kepada RM200,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

PUNCA KENAPA GERAI DURIAN TERSEBUT DISITA
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan diambil kerana terdapat rungutan daripada pengguna jalan raya mengenai kesesakan di lokasi itu berikutan kenderaan berhenti untuk membeli buah-buahan dijual.

Katanya, tindakan memberhentikan kenderaan itu juga boleh mengundang bahaya kepada pengguna lalu-lintas lain dan penguatkuasaan diambil diharap dapat melancarkan trafik di lokasi berkenaan.

Artikel Berkaitan   Lima Hari Hilang, Isteri Sarat Mengandung Terima Dugaan Jasad Suami Dijumpai Di Lereng Bukit

RAKAMAN GERAI DURIAN DISITA

Semua depa angkut, agaknya dibuang atau dimakan lepas tu?