Baru-baru ini sempat viral semula kisah seorang gadis cantik yang tampil menuntut keadilan di mahkamah selepas 2 tahun terlibat dalam satu nahas jalan raya. Susulan kejadian tersebut, Edelenyi Laura Anna yang mengalami lumpuh separuh badan meminta bekas teman lelakinya, Gaga Mohammad untuk bertanggungjawab.
Bekas teman lelaki dah dalam tahanan polis sampai habis perbicaraan…Boleh dipenjara 5 tahun
Setelah isu tersebut dibangkitkan mengikut undang-undang, Gaga akhirnya kini berada dalam tahanan polis sehingga dakwaan keatasnya selesai dibicarakan. Jika disabitkan kesalahan, pemuda tersebut boleh dipenjarakan selama 5 tahun atau denda sebanyak 10 juta rupiah (RM2,952).
Terbaru Laura dikatakan telah pun hembus nafas terakhir…Ramai kawan dah update
Namun, khabar duka terbaru pula mengatakan Laura telah pun menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. Beberapa orang kenalan terdekat dilihat memuat naik posting mengenainya sebelum ia disahkan sendiri oleh manager gadis tersebut.
Sempat mengalami sesak nafas sebelum dikejarkan ke pusat perubatan
Menerusi portal Detik Hot, Laura dikatakan sempat mengalami sesak nafas sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan. Selepas mendapatkan rawatan, gadis tersebut kembali mengadu masalah sama sebelum disahkan pergi buat selama-lamanya. Sebelumnya, dia baru saja berkunjung ke rumah salah seorang pengacara terkenal iaitu Denny Sumargo.
Sumber:Instagram Raffinagita, sumargodenny, aanstory & Portal Hot Detik
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber :theupdatenews24