Perasan Tak Kalau Kita Makan Kat Kedai, Sambal Belacan Dia Memang Padu. Rupanya Inilah Rahsianya

Bismillahirahmanirrahim… Assalamualikum wbr..


Mungkin ada yang gelak atau berkata…”sambal belacan pun nak keluar kat blog juga’!Mesti!

Mana boleh di lupakan makanan penyedap selera yang mampu membuatkan orang makan nasi bertambah-tambah bila ada si dia ni…Semua orang boleh membuat sambal belacan TETAPI tak semua yang mampu membuat sambal yang betul-betul uummpphh! Ada petua sebenarnya…dan juga ‘air tangan’.

Bila bercerita mengenai Sambal Belacan ni, saya memang akan teringatkan sambal belacan yang di buat oleh arwah abah. Memang di akui ramai yang telah merasa keenakan sambal belacan beliau. Kalau balik ke rumah abah memang mesti makan nasi walaupun perut dah penuh bila lihat ada sambal di bawah tudung saji! Sudah cukup sekadar berganding dengan ikan goreng. Kalau ada ikan rebus goreng tu…boleh tambah lagi sepinggan dan tak payah pun nasi panas pun! Begitulah hebat penangan sambal belacan ‘air tangan’ abah!

Pastinya saya akan merindui sambal belacan abah. Walaupun saya mampu nak membuat yang serupa seperti yang selalu dibuat oleh beliau, rasa nya pasti tak sama!

Sambal belacan ni memag sesuai digandingkan dengan semua jenis masakan…Tom Yam , Singgang , masak lemak, kari , asam rebus…. apa saja memang boleh jadi kawan dengan dia! lebih-lebih lagi sayur-sayuran yang di rebus seperti peria, bendi, pucuk manis, belinjau celur atau sayur bayam rebus atau masak bening kata orang jawa…selain ulam ulaman seperti timun, ulam raja.tenggek burung. semua nya sedap bersama sambal belacan! Uiisshhh…terliur dah saya mengingatkannya…

Ada bermacam jenis sambal belacan sebenarnya…tapi yang begini sering saya nikmati…sejak dari kecil lagi..Lalu saya lebih suka yang ‘plain’ saja tanpa di tambah buah-buah masam seperti tomato, mangga dan sebagainya..Kalu ada pun hanya sedikit bawang merah saja…

Untuk anak-anak saya sendiri yang bakal akan membuat sambal belacan sendiri suatu hari nanti…atau mereka yang baru nak belajar membuat sambal belacan….cuba ikut petua saya ini… Selain keyakinan dan keikhlasan….Insya Allah akan terhasil sambal belacan yang enak…

Bahan-bahan :- cili merah, cili padi, belacan, sedikit gula (1/2 sudu), garam (secubit-belacan dah masin) dan air asam jawa.

  1. Pilih cili merah yang baik. Cari yang agak merekot bukan yang tegang kulitnya kerana ia akan mengeluarkan lebih banyak air.(sukar untuk di tumbuk)
  2. Campurkan dengan cili padi supaya tidak terlalu pedas. (cth; 3 biji cili merah + 12 biji cili api)
  3. Pastikan cili dalam bilangan ganjil apabila di campur kedua-duanya…
  4. Bakar belacan dahulu.( 1 1/2 inci)
  5. Jika menggunakan lesung batu, masukkan kesemua bahan kecuali air asam jawa. Tumbuk jangan terlalu lumat dan masukkan air asam jawa ( jangan terlalu cair) Gaul rata dengan anak lesung.
  6. Jika menggunakan pengisar untuk membuat sambal yang lebih banyak, kisar kesemua bahan termasuk air asam jawa.Jangan kisar sehingga terlalu halus.
  7. Air asam jawa hendaklah tidak terlalu cair. (cth :- 3 tbsp asam jawa+ 3 tbsp air) dan dibancuh dengan air masak sejuk.
  8. Kesimbangan rasa amat penting dalam membuat sambal… Selamat mencuba..