“Perghh Macam Sandwich” Video Kereta Dah Jaga Jarak Tapi Tetap Dihentam Lori Besar Dari Belakang

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Meskipun anda sudah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga, namun ia tetap boleh berlaku tanpa diduga.

Begitu juga yang berlaku pada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pemandu bersama penumpang yang hancur dilanyak oleh sebuah lori dibelakangnya.

Kejadian berlaku di China itu pada mulanya dilihat kereta putih berkenaan berada pada jarak yang selamat daripada lori simen dihadapannya pada sebuah simpang lampu isyarat.

Namun tidak semena-mena, sebuah lori yang hilang kawalan telah menghentam kereta tersebut menyebabkan ia menggelongsor ke depan sambil diapit oleh lori berkenaan dibelakang.

Kereta tersebut hancur teruk namun pemandu serta penumpang selamat daripada nahas berkenaan.

Video daripada rakaman CCTV di premis berdekatan telah menjadi tular dilaman sosial dengan rata-rata warganet mengecam pemandu lori yang tidak peka terhadap pemanduan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Ramai Percaya Mitos Palsu Tentang Kereta, "Isi Minyak Waktu Malam Menjimatkan", Rupanya Banyak Lagi Yang Kita Tertipu