SIAPA tidak kenal pelakon berwajah Pan Asian ini yang popular sekitar tahun 90-an, pernah satu ketika dahulu panas dengan kisahnya memiliki wajah yang cantik berdarah Filipina-Melayu. Pernah digosipkan dengan lelaki Malaya yang ingin menambat hatinya.
BAGAI tidak berganjak selangkah pun usia pelakon senior yang seorang ini sehingga timbul metafora kiasan ramai bahawa beliau adalah seorang wanita yang sentiasa terperangkap dalam angka 20-an. Walhal, usia sebenarnya sudah menjengah angka 50.
Ternyata, kecantikan dan kejelitaan kekal yang dimiliki Datin Seri Maria Farida begitu dicembvrui ramai sehingga seringkali mengundang kata-kata nakal di luar sana.
Malah, jangan tidak tahu, ada yang berani menggelar dirinya seorang vampire atau dalam kalangan masyarakat Melayu disebut sebagai ponti4nak dek kerana kelebihan yang dimilikinya itu.
Tidak melenting, malah sempat tertawa kecil, Maria menganggap gelaran seperti itu begitu melucukan.
“Tak apa lagi kalau mereka cakap saya ni macam vampire. Pernah yang saya terbaca, ada yang tuduh saya ni amal ilmu tertentulah termasuk memf1tn4h saya buat suntikan botox dan pembed4han plastik.
“Kalau yang begitu saya tak berkenanlah. Tak pernah terfikir pun nak buat macam tu,” katanya.
Meniti usia 52 tahun kini Datin Seri Maria tampil dengan lebih bergaya (hot mom), ramai juga menyatakan setiap foto Maria yang dikongsikan di laman sosial boleh disunting untuk kelihatan lebih muda, tetapi sebenarnya jika ada yang bertuah dapat bertemu Datin Maria secara berhadapan, memang tak akan berkelip mata memandang.
Biarpun dengan penampilan ringkas tetapi aura yang dimilikinya mampu mengalahkan anak dara.
Tiips Awet Muda
Kehadiran dan keberadaan Maria di platform media sosial juga cukup disenangi peminat. Tidak hairanlah jika pelakon drama Cari Aku Di Syurga itu kelihatan senang melayan peminat dalam sesi soal jawab yang diadakan di Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Melalui soalan pertama, pengikut Maria bertanyakan bagaimana beliau menjaga tubuh, rambut dan kulitnya memandangkan Maria kelihatan lebih muda dari usianya.
Pertama sekali, Datin Maria mengatakan beliau bertuah dan untung kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewarisi wajah baby face dan tiada masalah kulit, pada awalnya memang saya tidak mengambil serius tentang penjagaan kulit saya, bila usia dah semakin meningkat ni saya mula risau dan ingin menjaganya dengan baik.
Sejujurnya, saya tidak mempunyai rutin penjagaan kulit kerana kulit saya sangat sensitif. Saya tidak boleh menggunakan produk yang diaplikasi ke kulit. Jika tersalah produk akan keluar ruam atau kulit menjadi gatal. Cara saya menjaga dan mengekalkan kecantikan kulit adalah dengan membersihkan kulit menggunakan tisu basah sahaja, itu pun jenama tertentu sahaja, katanya.
Tambahnya lagi “Walaupun begitu saya tetap jaga pemakanan dan cuba untuk cukup tidur dan minum air. Saya juga ada ambil vitamin mengikut keperluan tubuh dan kalau nak cantik dan kekal awet muda tak boleh hisap rokok sebab nanti kulit kita akan kusam.
Benda-benda macam tu saja saya amalkan, satu lagi tip nak nampak kedut di wajah, cuba jangan gelak. Kalau gelak nanti keluar semua kedut, maintain buat muka vogue saja, ucap isteri Datuk Seri Abdul Rahman Shakur sambil tersenyum.
Makan buat Maria gembira
Sungguhpun kecantikan dalaman itu kedengaran agak klise, wanita berdarah kacukan Melayu-Filipina ini tidak menolak frasa itu juga adalah pegangannya.
Segala apa harus dimulakan dari hati, Maria mengutamakan kecantikan dalaman dan percaya itu adalah ‘amalan’ paling mujarab berbanding melakukan prosedur ekstrem lain.
“Pedulilah kalau orang kata alahai Maria ni tipulah, bohonglah, terpulang.
“Lagipun hak masing-masing anda nak buat apa pada diri sendiri. Saya pilih untuk jaga diri secara semulajadi dan jika ada yang sebaliknya, itu pilihan mereka,” katanya.
Berkongsi lanjut, Maria juga mengaku tidak mengamalkan diet pemakanan tertentu kerana makan mampu membuatkan dirinya gembira.
“Saya suka makan. Sukar untuk saya menolak makanan yang sedap-sedap di depan mata.
“Satu lagi, kalau saya nak diet atau mengambil sebarang suplemen makanan, belum tentu akan berkesan sebab saya mempunyai alahan dan kulit sensitif.
“Itu juga menjawab kenapa saya tak boleh ada rutin kecantikan yang tertentu sebab bimbang jika tak sesuai, kulit jadi semakin teruk,” katanya.
Keluarga
Tetap ceria melihat wajah ibu kepada tiga orang anak ini. Pernah dikatakan menyorok anak-anak kerana tidak mahu netizen melihat. ” Mula sekali saya tak pernah pun sorok mereka, jadi saya kenalkan yang anak sulung sekarang umur 24 tahun, kedua berusia 16 tahun dan yang kecil sekali 13 tahun”.
Anak saya susah nak senyum sebenarnya , sebab tu saya jarang share gambar mereka, bila saya keluarkan kamera masing-masing akan buat muka sampai jadi fedup saya nak ambil gambar dengan mereka. Ada time mereka bermuka normal baru saya masukkam dalam instagram, katanya.
Datik Maria juga menerapkan penjagaan kesihatan terhadap anak-anak dari segi pemakanan, dan sentiasa melakukan aktiviti sihat, suruh mereka makan sayur dan minum air kosong kalau tak mereka suka minum air berkarbonat, makan coklat dan junk food.
Sekarang saya strict sikit, kawal mereka daripada makan junk food, asam dan makanan segera, saya cuba bagi healthy mmeal seperti home cooked food dan sayur. Saya paksa mereka makan dan minum air kosong. Kids nowadays memang macam tu, kata lagi Pengasas dan Pengarah MF Cosmetique itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://transformasi.host/