‘Bayi PKP’ Pel1k Dibawa Keluar Hadiri Kenduri, Men4ngis T4kut Lihat Ramai Manusia… Segalanya Berubah Bila Jumpa Geng!

WAJAH cuak seorang ‘bayi PKP’ (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama kali berjumpa dengan orang ramai setelah sekian lama berkurung di rumah ternyata mencuit hati warga maya.


“Anak PKP ni memang takut tengok orang ramai-ramai.

“Anak siapa macam ni juga, kita geng,” tvlis seorang wanita disertakan dengan video anaknya itu.

Bercakap kepada mStar, Nurul Najwa Ain Mohd Khairuddin, 27, berkata, video tersebut dirakam sewaktu anaknya, Muhammad Affan Danish yang berusia sembilan bulan pertama kali keluar dan berjumpa dengan ramai orang selepas tamatnya tempoh PKP.

 

Mesra dipanggil Wawa, wanita yang berkerja dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ini berkata, walaupun dia berada dekat dengan Affan, anaknya itu tetap gelisah melihat orang ramai di sebuah majlis tahlil yang dihad1rinya.

“Video tu saya rakam pada 13 November baru-baru ni, masa tu family belah mak ada buat kenduri tahlil, saya datang masa tu orang dah ramai balik, tapi still ada orang lain lagi la.

“Suasana masa tu memang bising jadi Affan jadi macam res4h gelis4h walaupun saya sebenarnya ada je dekat dia tapi bila dia tengok orang ni bercakap, kemudian orang tu bercakap, dia jadi macam ter4ncam kot, jadi dia men4gis ketakutan,” ceritanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Affan tidak biasa melihat orang ramai.

Namun Wawa yang lahir di Pahang ini berkata, permata hatinya itu bagaimanapun kembali tenang selepas dia berjumpa dengan ‘gengnya’.

“Dia sebenarnya nak je dengan orang lain tapi mungkin masa tu bising dia jadi takut, tapi lepas tu dia okay sebab lepas dah lama duduk situ ada baby yang sebaya dengan dia.

“Jadi dia main sama-sama, senyum sama-sama, gelak-gelak, lepas tu memang dia tak men4ngis dah,” katanya.

Affan bertemu dengan rakan yang hampir sebaya dengannya.

Menurut Wawa, Affan sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak yang sangat ceria, malah dia sentiasa murah dengan senyuman.

Katanya, bagaimanapun sebelum ini mereka sekeluarga mengelak daripada membawa Affan ke tempat orang ramai kerana risau akan j4ngkit4n cov1d-19.

Affan seorang bayi yang sangat pemurah dengan senyuman.

“Sebelum ni memang tak jalan pun dekat mall sebab risau dengan cov1d-19,” katanya.

Video perkongsian Wawa di laman TikToknya mendapat hampir 350,000 tntonan setakat ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar