Pernah Tak Rasa Kek Minyak Sunquick. Memang Senang Sangat Nak Buat

  • 5 biji telur gred A
  •  2 cawan tepung kek
  •  1 sudu besar ovelet
  •  1 cawan susu pekat
  •  1/2 cawan minyak
  •  1/2 cawan pati sunquick
  •  1/2 cawan gula aising
  •  Pewarna oren
  •  Air secukupnya
  1. Pukul telur bersama gula smpai kembang.
  2. Kemudian, masukkn ovelet dan susu pekat. Pukul lagi.
  3. Selepas itu, masukkan pati sunquick, diikuti tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi.
  4. Seterusnya, kaup balik adunan tadi, selepas sebati,masukkan pula minyak dan kacau rata.
  5. Bahagikan adunan tersebut kepada 2 bahagian, satu bahagian diwarnakan warna oren dan satu lagi tidak perlu diwarnakan.
  6. Oleskan sedikit minyak pada acuan/loyang.
  7. Panaskan kukusan, apabila air telah mendidih, masukkan adunan berselang seli warna, dan kukus hingga kek masak.
Artikel Berkaitan   Cara Nak Buat Onion Ring, Boleh Lah Jadikan Makanan Kudap2 Untuk Malam Ni