Ada ‘Rahsia’ Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu,Resipi Asam Pedas Melaka Asli

Bila tiba di negeri Melaka bandar bersejarah, memang tak sah kalau tak makan Asam Pedas Melaka Asli. Kadang-kadang tertanya, macam mana kedai ni buat kuah pekat, sedap dan padu macam tu.


Haa, kini tiada rahsia lagi. Rupanya ada rahsianya nak buat asam pedas sama macam di Melaka. Puan Liza Idris ada berkongsikan cara-caranya. Jom sama-sama cuba nanti ya.

CARA BUAT ASAM PEDAS MELAKA ASLI

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar size sederhana
  • 3 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Cili kisar**

Bahan-bahan lain:

  • Ikan pari @ apa-apa jenis ikan
  • 1 sb halda
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 batang serai
  • 1 sudu paste Asam Jawa
  • 1 mangkuk air
  • Bunga kantan
  • Garam
  • Tomato

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan kecuali cili kisar.

2. 1 mangkuk cili kisar asingkan.

3. Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.

4. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

5. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.

6. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu paste Asam Jawa. Kacau rata.

7. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau dan biar didih sedikit.

8. Masukkan bendi serta daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.

9. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.

asam pedas melaka asli

10. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.

asam pedas melaka asli

11. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.

12. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.

Mudah kan? Selepas ini kalau mengidam, tak perlu susah-susah ke Melaka dah. Buat sendiri je!

asam pedas melaka asli

Kredit: Liza Idris