Pesara Ini Terkejut Menjumpai “Janin” Dalam Betik Secara Tiba-Tiba

SABAK BERNAM – Seorang pesara yang menetap di Taman Padu Permai, Sungai Besar di sini terkejut apabila mendapati sebiji betik yang dipetik dari kebunnya semalam mengandungi objek yang menyerupai ‘janin’.


Abdul Samad Ahmad, 60, ketika ditemui berkata, dia terkejut dengan penemuan itu selepas isterinya, Norizan Abdullah Hakim, 56, memotong buah berkenaan untuk dihidangkan sebagai pemanis mulut untuk makan tengah hari selepas solat Jumaat.

“Sebelum itu, kira-kira pukul 10 pagi semalam (kelmarin) saya telah pergi membersihkan kebun yang terletak di belakang rumah dan mendapati ada buah betik yang sudah masak.

“Saya memetik buah tersebut dan membawa balik untuk dimakan sewaktu makan tengah hari nanti.“Selepas solat Jumaat, saya dimaklumkan oleh isteri bahawa ada objek keras berwarna putih di dalam betik itu semasa dia cuba memotongnya. Alangkah terkejutnya saya bila mendapati objek itu berbentuk seperti janin,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Abdul Samad berkata, selain berbentuk seperti janin, objek itu didapati seakan-akan mempunyai mata dan lidah sebelum ia tertanggal tidak lama kemudian selain menyifatkan kejadian itu merupakan kali pertama ditemui dalam hidupnya.