Petua Berkesan Hilangkan Jangkitan Chicken Pox Secara Semulajadi. Mudah & Jimat

Cara Nak Jaga Anak Kena Chicken Pox, Mak-mak Jangan Terlepas 7 Tip Ini

Kalau anak kena chicken pox atau demam cacar air, mak-mak lah orang yang paling risau tambah pula kalau dia jenis bekerja. Memang wajib cutilah semata-mata nak jaga anak bagi cepat sembuh. Tahulah pula chicken pox ini boleh merebak kepada orang lain dalam masa 2-3 hari. Pertama sekali, kalau tahu anak demam kena chicken pox, wajiblah bawa anak jumpa doktor ya. Kemudian mak-mak bolehlah godek cara macam macam nak jaga anak yang kena chicken pox bagi cepat baik, ikut tip ini…Tip Penjagaan Anak Chicken Pox 1. Potong kuku anak pendek Pastikan kuku anak sentiasa pendek dan bersih. Sebab luka campak ni memang gatal dan miang. Tambah anak-anak kecil memang cepat sangat tangan tu merayap nak garu. Bila gatal biasa anak akan menggaru. Biarlah dihalang macam mana pun. Jadi boleh potong kuku pendek supaya blister tu tak kena infection bila digaru. Atau boleh pakaikan sarung tangan/mitten. 2. Jangan berkongsi minuman dan kuarantin Virus boleh merebak melalui air liur, bersin, air dari blister tu bila pecah. Seeloknya baju kena asingkan bila basuh. Rendam baju anak dengan air mendidih dan sidai di bawah matahari untuk matikan virus. 3. Mandi 4 jam sekali Chicken pox ni gatal dan badan anak panas, jadi kenalah banyak mandi dan tak payah guna sabun. Ini untuk mengurangkan rasa gatal. 4. Minum air yang banyak Yang ini memang wajib minum banyak untuk elakan dehydration. Dehydration boleh melambatkan metabolisme dalam badan. Kalau boleh minum 8 gelas sehari, ini termasuk air kosong dan berperisa. 5. Pantang makan Kalau boleh, kita kawal pemakanan anak waktu-waktu macam ni. Kurangkan makanan bergula sebab gula akan menurunkan imunisasi anak. Lebihkan sayur-sayur, makanan yang bersup dan buah-buahan yang lembut macam pisang dan tembikai. Mungkin ada sesetengah anak akan hilang selera makan, jadi mak-mak kenalah pastikan setiap hidangan yang diambil mengandingi nutrisi yang secukupnya. Ada kenyataan bertulis menurut Dr Zubaidi, makanan sejuk membantu melegakan kesakitan. Contoh mudah makanan yogurt sejuk dan minuman sejuk, juas buah sangat membantu memberikan kelegaan pada mulut dan tekak. Boleh ke makanan ayam, telur, ikan bilis dan kicap? Sebenarnya semua ni tak ganggu pun proses penyembuhan anak yang mengalami chicken pox tetapi kalau ada bukti seseorang anak itu ada mengalami rasa gatal-gatal terhadap sesuatu makanan, eloklah dielakkkan untuk buang rasa kurang selesa. 6. Petua orang lama guna Daun Semambu / Neem Leaf Kalau nak cuba boleh ambil segenggam Daun Semambu blend sampai hancur. Selepas mandi, tempek pada campak tu dan biarkan kering. Amalkan setiap hari, In shaa Allah hasilnya luka akan cepat kering.

Atau ambil daun semambu dan masukan dalam tab mandi anak, biar anak rendam dalam air suam serta daun.

Daun Semambu ni memang mujarab untuk hilangkan kegatalan dan mempercepatkan proses pengeringan luka campak.

Dan boleh ambil daun-daun semambu tu buat lapik tidur anak. Letakkan daun semambu tu dalam kain batik, dan buat tempat lapik tidur anak. Cara ni bantu anak tidur lena sepanjang malam tanpa rasa gatal-gatal.

7. Bagi air kelapa (Tak bagi pun tak apa)

Untuk anak-anak yang setahun ke atas, boleh bagi minum air kelapa sebab air kelapa ni sejuk badan. Menurut orang lama cara ini lebih cepat dia keluarkan bintik-bintik ruam campak dalam badan.

Risiko Chicken Pox

Chicken pox yang teruk boleh berlaku kalau anda pertama kali kena waktu dewasa, kalau dah berumur lagi banyak risiko.

Namun menurut doktor Dr Zubaidi, cacar air jarang menyebabkan komplikasi kecuali pesakit mengalami sistem imunasi yang lemah macam pesakit diabets, pesakit kanser atau pesakit yang ada mengambil rawatan steroid.

Ok, mak-mak kena banyak bersabar ya, kadang chicken pox ini boleh buat anak meragam dengan keadaannya yang gatal dan sakit. Nak tidur pun tak boleh awal-awal tu, jadi mintalah suami tolong sama untuk uruskan anak.

Nota: Anda masih boleh bagi anak makan ubat yang doktor bagi seperti biasa ya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Semasakini sumber : mingguan wanita kredit : hudamir

(Visited 40 times, 1 visits today)