Tips Memulakan Bisnes Cafe Dan Restoran Buat Anda Yang Baru Mula Berniaga

Cara Memulakan Perniagaan Café dan Restoran


Semakin hari semakin ramai yang menceburi perniagaan café dan restoran, dan perniagaan sebegini banyak berkembang terutama sekali di kawasan Bandar. Terdapat banyak perbezaan dari segi menu dan perkhidmatan antara kedua-duanya. Café mempunyai suasana santai yang lebih sesuai untuk dijadikan tempat perbincangan, berborak-borak malah untuk mengadakan mesyuarat.

Café selalu dikaitkan dengan suasana yang selesa, maka dengan itu anda harus mengambil kira reka café yang menarik serta jenis hidangan dan susunatur yang professional.

Sementara itu, restoran lebih memberi tumpuan kepada penjualan makanan, dan sebagai tempat mengadakan majlis. Konsepnya tidak sentiasa statik, di mana ia sentiasa berubah dan berkembang sesuai dengan peredaran zaman.

Menyebut tentang cafe, lantas terbayang suasana yang selesa dan tenang serta hidangan yang praktikal dan enak yang menyebabkan kita mahu menghabiskan masa yang lama di situ. Tidak dapat dinafikan bahawa konsep café berasal dari luar negeri di mana jenis hidangannya lebih banyak mengikuti menu antarabangsa.

Sebenarnya secara tradisi, kedai yang menyediakan makanan telah lama wujud di Indonesia, berupa warung kopi yang menyediakan makanan ringan. Ini menyebabkan kita berpendapat bahawa membuka perniagaan café memerlukan pelaburan dan kos yang tinggi untuk pembelian/sewa rumah kedai, penyediaan kemudahan lengkap seperti perabot yang selesa, internet atau wifi bagi menarik pengunjung dan pelbagai aksesori lain yang memerlukan perbelanjaan yang mencapai ratusan juta rupiah bahkan berbillion.

Kemunculan fenomena café ini dikaitkan dengan gaya hidup di kota di mana ramai yang suka menghabiskan masa bersantai atau berkumpul bersama teman-teman atau keluarga sambil menikmati aneka hidangan.

Terdapat beberapa jenis café yang terkenal contohnya café yang menyediakan menu hidangan berat seperti dim sum, burger dan stik, atau beraneka makanan ringan dan pastry seperti cupcake, croissant, aiskrim, kopi dan teh. Café jenis ini banyak dibuka di pusat membeli-belah dan tempat hiburan besar atau strategik yang ramai pengunjung.

Anda boleh membuka perniagaan café kecil-kecilan menggunakan warung berkhemah, di depan rumah atau café outdoor yang dibuka pada waktu malam. Dengan adanya tempat yang sederhana diubahsuai dengan menarik walaupun tidak mewah, ramai yang akan tertarik untuk berkunjung.

Beberapa Perkara Yang Anda Harus Lakukan Supaya Harga Menu Café Berpatutan Sertai Disukai

Menu café yang berpatutan dan disukai ramai boleh dibuat dengan sedikit pengubahsuaian. Ada beberapa jenis menu café ala antarabangsa yang memang sangat mahal harganya dan kurang mendapat sambutan daripada orang Malaysia.

Berikut adalah tips agar menu yang anda sajikan murah dan diminati:

Memilih Bahan-bahan yang Berkos Rendah

Anda harus pandai memilih bahan dengan harga murah tetapi terjamin kebersihannya. Anda boleh mendapatkan bahan terus daripada pengedar yang dapat memberi harga khusus. Gantikan salah satu bahan dengan bahan lain yang memiliki standard yang setaraf;i.

Menambahkan Menu Khas Malaysia

Perkara ini merupakan perkara yang penting sebagai alternatif bagi pelanggan yang memang suka makanan Malaysia atau pelanggan yang kurang suka dengan makanan barat tetapi datang untuk menikmati suasana café. Sebagai contoh, sediakan aneka menu yang bersesuaian seperti sup tulang rusuk, nasi goreng, mi goreng, ayam goreng dan sebagainya.

Menonjolkan Menu Utama

Menu utama café anda harus menjadi fokus dan ditonjolkan. Sebagai contoh café anda menkhususkan penjualan minuman kopi sebagai menu istimewa. Gabungkan dan adakan promosi yang berasaskan kopi; walaupun anda turut menjual burger atau makanan lain, kopi harus dijadikan fokus .

Demikianlah beberapa cara untuk memulakan perniagaan café. Semoga ia memberi manfaat kepada semua – Usahawan.com